Home News Kerani Gaji RM3,000 Miliki Kereta Rolls-Royce Phantom RM6 Juta, Ini Sebab Ramai...

Kerani Gaji RM3,000 Miliki Kereta Rolls-Royce Phantom RM6 Juta, Ini Sebab Ramai Tertanya-Tanya

0

Kerani gaji hanya RM3,000 miliki Rolls-Royce bernilai RM6 juta, rupanya ini sebabnya yang buat ramai tertanya-tanya. Seorang anggota imigresen Gred 19 dikesan ‘memiliki’ empat kenderaan me­wah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga sekitar RM6 juta dipercayai hasil kegiatan haram salah guna cap di pintu utama negara.

Perkara itu terbongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berikutan penahanan 28 anggota dan pegawai imigresen di Selangor dan Johor sejak Selasa lalu.

rolls royce phantom ewb chengdu 2018 en scaled

Baca lagi: Kenapa Golongan T20 Tinggal Di Rumah PPR? Ini Sebabnya

Baca lagi: “Finally Ada Yg Bersuara”-Kekurangan Staff Di Family Mart, Ramai Yang Sokong Suruh Tambah Pekerja

land rover range rover sport 2021

Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Rolls-Royce Phantom, Ford Mustang, Range Rover dan Audi itu didaftarkan atas nama empat ejen termasuk dua warga China. Mereka adalah ejen pekerja asing warga China yang ber­operasi di negara ini.

www.speednik.com 1 2018 mustang coyote engine upgrades

Keempat-empat kenderaan itu bagaimanapun telah disimpan oleh seorang ejen tempatan.

Complete Audi Buying Guide gear patrol lead full

“Agak mengejutkan seorang anggota imigresen Gred 19 yang bergaji bawah RM4,000 mampu ‘memiliki’ kesemua kenderaan mewah tersebut.”

“Siasatan mendapati kende­raan-kenderaan mewah yang di­gunakan anggota berusia 31 tahun itu adalah sebagai balasan kerana membantu membuat setting counter di pintu utama negara,” katanya

SPRM telah memberkas seramai 50 individu terdiri daripada 28 anggota dan pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam dipercayai orang tengah dan turut merampas wang berjumlah RM800,000, 26 buah kende­raan mewah dan empat buah motosikal berkuasa tinggi. SPRM turut menyita rumah, tanah dan barangan kemas.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali tidak menolak kemungkinan ramai lagi akan ditahan dalam masa terdekat ini.

Handcuffs e1461293090606

Kes disiasat mengikut Sek­syen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sindiket tersebut menyasarkan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin dengan menggunakan taktik pasport terbang dan setting counter khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, Sepang

Bagi pasport terbang, ejen mengumpulkan pasport pekerja asing untuk dicap keluar dan ma­suk bagi membolehkan visa lawatan disambung tanpa kehadiran pemiliknya sebagai pengesahan dengan bayaran serendah RM100.

Untuk setting counter pula, warga asing yang disenarai hitam atau tamat tempoh perjalanan visa dikenakan bayaran RM500 hingga RM6,000 setiap seorang bagi membolehkan mereka bebas masuk dan pulang ke negara masing-masing.

Dianggarkan 30,000 warga asing menggunakan khidmat sin­diket tersebut.

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.