Home Artis Korea 7 Pelakon Baru Ini Menjadi Tumpuan Tahun 2023, Berbakat Besar

7 Pelakon Baru Ini Menjadi Tumpuan Tahun 2023, Berbakat Besar

0

Nampaknya ramai artis pendatang baru berjaya mencuri perhatian ramai penonton dan peminat melalui kemunculan dan penampilan mereka dalam drama siri Korea Selatan.

Contohnya yang paling terbaru adalah pelakon baru Lee Han Byul yang telah membuat para penonton terpukau dengan lakonannya yang dilihat sangat menjadi dan semulajadi dalam drama siri original Netflix iaitu Mask Girl (2023).

Selain Lee Han Byul, ada lagi beberapa orang rookie (pelakon baru) yang telah berjaya membuat para penonton berminat dan ingin tahu tentang mereka selepas drama siri yang mereka lakonkan ditayangkan baru-baru ini.

Siapakah pelakon-pelakon baru berbakat besar ini? Jom sama-sama kita baca seperti di bawah ini:

 

Pelakon baru1. Ahli kumpulan Alice yang bernama Kim So Hee baru sahaja membuat debut lakonan dalam drama siri popular Duty After School (2023) sebagai Lee Soon Yi

 

319ade48 e1a3 45bb 82be a8fdde883e1a2. Pelakon yang membawa watak Kim Chi Yeol dalam drama siri yang sama iaitu Duty After School (2023) adalah pelakon baru Kim Ki Hae yang juga baru membuat debut lakonan pada tahun 2022

Baca lagi: 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton

 

c88fe7bf afdb 42d3 b2ce dba3501c1c7d3. Hong Bi Ra pula berjaya membuat para penonton geram dan sakit hati dengan wataknya dalam The Good Bad Mother (2023) sebagai Oh Ha Young

Baca juga: The Good Bad Mother Drama 2023 Yang Mengharukan

 

cefc65dc 0617 455f 8023 947e2ed97e724. Bitch X Rich (2023) menjadi projek kedua bagi Lee Jong Hyuk yang berjaya menghidupkan watak Seo Do Eon dalam drama siri tersebut

Baca juga: Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

 

c4e6bc38 9cd6 4abc aeed 14a766cca32a5. Masih dalam drama siri yang sama iaitu Bitch X Rich (2023), drama siri ini merupakan projek lakonan pertama bagi Yoo Jung Hoo

Baca lagi: Bitch X Rich – 5 Persoalan Belum Terjawab, Ada Musim Kedua?

 

b73bcc1a b5d6 4b2b 9437 053dc84807b96. Lim Sung Kyun pernah membintangi Shooting Stars (2022). Kini pelakon ini kembali bersinar sebagai Kim Jin Soo dalam drama siri terbaru iaitu Not Others (2023)

Baca juga: 5 Sebab “Not Others” Menarik untuk Ditonton

 

ef2da3ef 92ce 403f a657 2cd85d3f3aa47. Berjaya mengalahkan 1000 orang peserta uji bakat yang lain, Lee Han Byul berjaya menepati kriteria sebagai pelakon sesuai yang membawa watak sebagai Kim Mo Mi A dalam Mask Girl (2023) yang berdasarkan webtoon Naver

Baca lagi: Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl

Walau mereka adalah pendatang dan pelakon baru, mereka mampu bekerja secara profesional dalam setiap drama siri lakonan mereka. Tidak hairanlah, jika kini banyak pihak yang mula melirik dan tertarik dengan para pelakon baru ini! Semoga terus maju jaya ya!