Home Entertainment 16 Filem Menarik Dan Menghiburkan Untuk Kanak-kanak

16 Filem Menarik Dan Menghiburkan Untuk Kanak-kanak

0

Berikut ini adalah beberapa buah filem yang paling sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Mempunyai jalan cerita yang ringan tapi cukup menarik, senarai filem ini menarik untuk ditonton kerana pasti tidak akan membuatkan anak-anak bosan. Menariknya lagi, filem-filem kanak-kanak ini mengandungi banyak pesanan moral.

Filem

1. Belajar menerima diri seadanya melalui Encanto (2021). Anda memang istimewa walaupun tampak tidak mempunyai kelebihan

 

2. Geng: Pengembaraan Bermula dinobatkan sebagai filem cetera animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les’ Copaque Production ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009. Sangat sesuai ditonton oleh anak-anak yang tidak asing lagi dengan watak Upin dan Ipin

 

3. How to Train Your Dragon Series (2010) menggambarkan tentang persahabatan sejati dan hubungan yang saling menyokong

 

4. Toy Story Series (1995) juga adalah sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ia bukan tentang mainan biasa-biasa, mainan ini boleh hidup!

 

5. Didi & Friends The Movie ialah filem pengembaraan muzikal animasi Malaysia 2023 terbitan bersama Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia. Ia ini mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Didi, Jojo dan Nana diberi tugas oleh Pak Atan untuk menganjurkan Konsert Hora Horey di Pekan Horey. Ketika semua persiapan kelihatannya berjalan lancar, tiba-tiba timbul masalah melibatkan Pak Beruang, menyebabkan Pak Atan dan Pak Beruang terpaksa mengembara ke Pulau Legenda untuk mencari penawar.

 

6. Mengajar tentang keberanian, The Good Dinosaur (2015) perlu ditonton oleh anak-anak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup

 

7. Melalui Denias, Senandung di Atas Awan (2006), kita boleh melihat perjuangan anak-anak Papua untuk bersekolah

 

8. Coco (2017) mengajar tentang cinta, keluarga, dan kenangan. Kisahnya penuh dengan suka dan duka

 

9. Keluarga Cemara (2018) adalah kisah yang sesuai untuk kanak-kanak juga. Cerita ini membuatkan hati berbunga-bunga

 

10. Jalan cerita Zootopia (2016) sangat menarik, cerita ini tentang binatang dengan pelbagai karakter menghiburkan

 

11. Finding Nemo (2003) adalah cerita animasi paling berkesan, tentang perjuangan ayah mencari Nemo, anaknya

 

12. Nussa The Movie (2021) menyelitkan banyak nilai-nilai agama Islam. Salah satu cerita animasi negara seberang yang terbaik!

 

13. Filem yang sesuai untuk anak-anak ini mengajar tentang erti tanggung jawab. Jom tonton The Lion King (2019)!

 

14. Visual yang sangat menarik dan jalan cerita menghiburkan, Up (2009) wajib ditonton oleh setiap kanak-kanak. Ceritanya tentang pengembaraan dan ketulusan hati

 

15. Turning Red (2022) sesuai ditonton ketika anak-anak memasuki usia masa remaja dan mengalami akil baligh

 

16. Despicable Me Series (2010) adalah cerita yang sesuai untuk kanak-kanak. Tambahan pula dengan watak minions yang ikonik. Babananaaa….

 

16 filem yang disenaraikan ini memang sesuai untuk kanak-kanak dan boleh ditonton bersama keluarga di rumah. Anda dan keluarga boleh menonton semua filem ini sebagai salah satu cara menghabiskan waktu bersama.

IMG 2221
.
Baca lagi: 10 Kdrama 2023 Adaptasi Webtoon Paling Menarik
Baca juga: 7 Pelakon Baru Ini Menjadi Tumpuan Tahun 2023, Berbakat Besar