Home News Pekerja Boleh Dipecat Jika Kutuk Majikan Atau Pekerja Lain Dalam WhatsApp

Pekerja Boleh Dipecat Jika Kutuk Majikan Atau Pekerja Lain Dalam WhatsApp

0

Kutuk bos dan rakan sekerja dalam group WhatsApp, mahkamah putuskan pekerja boleh dipecat. Mahkamah Jerman dalam keputusan pertama seumpamanya memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan peribadi.

Hakim memutuskan bahawa walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen mereka secara sulit, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan mengina atau berbaur perkauman , kerahsiaany hanya terpakai dalam kes luar biasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis.

Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat, menurut keputusan Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUlfly.

Baca lagi: 4 Tanda Anda Telah Di ‘Block’ Oleh Seseorang Dalam Aplikasi WhatsApp

Baca lagi: Duit Tersalah Transfer Ke Akaun Lain, Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Semula Duit Anda

Screenshot 2023 08 27 204351
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Kes itu membabitkan sekumpulan rakan dan dua saudara lelaki yang bekerja di TUlfly yang berkongsi ‘penginaan jelas’, yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.

Tujuh rakan sekerja syarikat penerbangan itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun, menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada kumpulan sembang itu. Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis serta menggalakkan keganasan dengan ugutan untuk ‘menumbuk muka orang’.

Sebahagian daripada sejarah sembang mereka telah disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.

Mahkamah buruh sedang menimbang keputusan mahkamah rendah itu yang mendapati ahli kumpulan tersebut mempercayai bahawa sesi sembang mereka sah dan rahsia.

Mahkamah mendapati kumpulan sembang, sama ada merupakan komunikasi yang dilindungi dan sulit, bergantung kepada jenis mesej dan saiz serta komposisi kumpulan itu.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang