Home Entertainment 9 Filem Seram Indonesia Angkat Kisah Ketua Keluarga Bersekutu Dengan Iblis

9 Filem Seram Indonesia Angkat Kisah Ketua Keluarga Bersekutu Dengan Iblis

0

Seseorang ketua keluarga sepatutnya menjadi pelindung dan contoh yang baik bagi anggota keluarga yang lain. Ketua keluarga atau bapa mempunyai peranan yang sangat penting bagi memastikan kebahagiaan anggota keluarganya. Jika seorang ketua keluarga melakukan sebuah kesalahan, tentunya perkara ini akan memberi kesan yang cukup besar kepada semua anggota keluarga.

Namun dalam beberapa buah filem seram dari negara Indonesia ini, ternyata ada beberapa watak ketua keluarga yang tidak berfikir panjang dalam bertindak. Ada di antara mereka, yang bersekutu dengan iblis atau mempelajari ilmu hitam hanya kerana untuk kepentingan peribadi. Contohnya dalam filem seram Indonesia bertajuk Di Ambang Kematian, ada watak ketua keluarga yang sanggup mengorbankan keluarganya demi untuk menjadi orang yang kaya raya.

Berikut ini merupakan sembilan filem seram Indonesia yang mengangkat tema tentang ketua keluarga yang bersekutu dengan iblis:

 

Filem seram indonesia1. Sepasang suami isteri memutuskan untuk bersekutu dengan syaitan hingga menjadi anggota ajaran sesat terlarang yang misteri dalam filem seram Indonesia Pengabdi Setan (2017)

 

dbaf81bb 520e 4970 955a 34068efc13bd2. Demi untuk memiliki harta yang melimpah ruah, seorang ketua keluarga bersekutu dengan iblis berimej kambing dalam filem seram Indonesia Sebelum Iblis Menjemput (2018)

 

248d89b3 955c 465e 9d5a 39beab4bf2273. Ingin mendapat kehidupan abadi, seorang ketua keluarga memutuskan untuk bersekutu dengan iblis supaya isterinya boleh hidup kembali dalam filem seram Indonesia Jaga Pocong (2018)

 

IMG 22344. Merupakan seorang ketua ketua kejahatan yang sangat mengerikan, Ananta (Surya Saputra) ternyata pernah bersekutu dengan iblis dalam Pocong The Origin (2019)

 

3ca8ccfd 40ff 427f bfc4 5e8f9c1a94ef5. Menjadi menantu kepada seorang ketua pondok, Jaelani (Omar Daniel) ternyata meminta bantuan jin supaya menjadi lebih kuat dalam Qorin (2022)

 

IMG 22366. Selain berlaku curang, Seno (Marthino Lio) juga menjadi ketua keluarga yang tidak patut dicontohi kerana dia bersekutu dengan syaitan dalam Jin Qorin (2023)

 

395f29ce 6081 4ee7 be7f f842527df4dc7. Rela menjadikan keluarganya sebagai korban, Hendri (Gary Iskak) ternyata bersekutu dengan iblis jahat dalam Pesugihan: Bersekutu dengan Iblis (2023)

 

ff567c32 f357 4b77 bab3 0634d012415c

8. Kaya raya setelah bersekutu dengan iblis, Kosim (Vino G Bastian) telah diuji dengan anaknya yang menjadi aneh dan pelik dalam Bayi Ajaib (2023)

 

Filem seram9. Sadis, Suyatmo (Teuku Rifnu) menjadikan anggota keluarganya korban setiap 10 tahun sekali dalam filem Di Ambang Kematian (2023)

Melalui filem dan watak-watak di atas, kita boleh mengambil kesimpulan bersama-sama. Sesungguhnya bersekutu dengan syaitan bukanlah jalan keluar yang terbaik. Selain itu, ketua keluarga perlu berfikir dengan baik supaya tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan agama.

Baca lagi: 7 Watak Hantu Filem Seram Ini Mempunyai Masa Lalu Yang Tragis
Baca juga: 7 Filem Seram Angkat Isu Kemurungan Dan Kesihatan Mental