Home Video Terkedu Dengar Respon Dua Pekerja Bangla Ini Selepas Ditanya Mengenai Pendidikan

Terkedu Dengar Respon Dua Pekerja Bangla Ini Selepas Ditanya Mengenai Pendidikan

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok airil_datomazlan, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki memberi beberapa soalan mengenai pendidikan kepada dua orang pekerja ‘tarik kabel’ yang berasal dari Bangladesh sambil duduk bertiga diantara mereka. Lelaki ini juga mengatakan mereka berdua ini mempunyai pendidikan dalam Engineer, dan datang ke Malaysia hanya bekerja sebagai ‘tarik kabel’.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan respon mereka jadi perhatian ramai.

Screenshot 2023 08 28 112425

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan respon dua pekerja dari Bangladesh ini sememangnya orang yang berpendidikan dan bukan ‘calang-calang’. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah juga berjumpa dengan beberapa orang dari Bangladesh mempunyai pendidikan yang tinggi, malah ada salah seorang daripadanya mempunyai PHD.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 229.8K penonton, 13.4K sukaan dan 610 komen.

Baca lagi: Bangla Sanggup Guna Minyak Dagu Sebab Nak Mengurat Isteri Orang, Sekali Ini Tindakan Si Suami

Baca lagi: Warga Emas Menang Duit Sebanyak RM42 Juta, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Beliau

Lihat klip durasi pendek respon dua pekerja Bangla ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@nestum.pahit: excited je muka dieorg bila sebut bidang masing², insan cerdik pandai tpi diuji Allah

@Niza Spears: Sama la. cleaner radicare. pc Akak rosak. die repair.. rupenye die programmer…

@marsitah28: sy pernah jumpa kat petronas. jaga kaunter. dia ada degree in economics

@DeLa The Yums Bytes: Betul tu, ramai yg terpelajar dtg Malaysia ni. Sbb tu diorg ni selalunya rajin. Bila solat Jumaat diorg dlu yg penuhkan masjid. Awal2 dh jln kaki.

@Tunangan Maut 313: tapi kadang mcm x adil. bila ada local yg ada degree mntk keje biasa2. kena tolak.

@ArepSuhaimi: Aku pernah jumpa docter bedah.. tapi kat Malaysia jadi guard.. bhasa inggeris dia sumpah power

@nescafekaw: Kita pun Malaysia dh ramai cuba Tanya yg grab, food panda, retail2 , jual tepi jln, promoter kbanyakan skrg mesti ada akademik yg tinggi

@Aisharini: ya..storekeeper saya MBA dan saya banyak belajar skill communication dari dia sebab grammar dia superb

@Mc.Tie: pekerja akak pn org pandai.. ahli farmasi..dtg malaysia kerja dobi shj mlm 4time beger

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram