Home Dari Kisah Benar Ular Muncul Dalam Pesawat, Penerbangan Terpaksa Berhenti Di Kuching

Ular Muncul Dalam Pesawat, Penerbangan Terpaksa Berhenti Di Kuching

0

Ular tiba-tiba muncul dalam pesawat, pesawat terpaksa berhenti di Kuching. Satu penerbangan pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau (Khamis) telah berhenti ke Kuching selepas seekor ular ditemukan dalam pesawat terbabit. Berdasarkan video yang tular tersebut, haiwan reptilia tersebut itu telah dilihat bergerak di sebalik panel lampu pesawat.

Baca lagi: 6 Tips Untuk Menjemput Rezeki Yang Berlimpah Ruah

Baca lagi: Lelaki Terkedu Kena Tinggal, Reaksi Tak Sempat Masuk Kereta Pula Buat Ramai Yang Berdekah

Ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling yang mengesahkan insiden berkenaan menerusi satu kenyataan ini dan menyifatkan kejadian itu sebagai sangat jarang berlaku, namun boleh terjadi kepada mana-mana pesawat.

“Sebaik sahaja kapten penerbangan menyedari perkara itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan ke Kuching sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjalankan sanitasi ke atas pesawat berkenaan…” – Katanya

“Keselamatan dan keselesaan penumpang dan kru sentiasa menjadi keutamaan kami. Keselamatan penumpang dan kru tidak akan sama sekali dibiarkan dalam keadaan berisiko…” – Katanya lagi

Lihat klip video di bawah:

@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp ♬ Suspense Music – Sound Collective

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.