Home Dari Kisah Benar Penerjun Udara Maut Selepas Payung Terjun Gagal Terbuka

Penerjun Udara Maut Selepas Payung Terjun Gagal Terbuka

0

Romane, 23, berasal dari bandar Strasbourg merupakan seorang penerjun udara yang berpengalaman dengan lebih 100 terjunan yang telah dilakukan. Sewaktu kejadian tersebutm, wanita itu sedang melakukan aktiviti terjunan udara berhampiran dengan rumahnya bersama-sama dengan sekumpulan 10 orang penerjun berpengalaman yang lain.

romane

Menurut media tempatan, mangsa telah melompat dari sebuah pesawat pada ketinggian 1,000 meter, namun begitu, payung terjun yang telah digunakan gagal terbuka atas faktor yang tidak diketahui. Saksi turut berkata, mangsa cuba melakukan gerakan kecemasan, namun gagal bertindak demikian atas faktor ketinggian dan kelajuan terjunannya. Beliau kemudian terjatuh ke atas tanah dalam hanya beberapa saat. Beberapa penerjun lain cuba untuk membantu mangsa, namun gagal dan mengakibatkan beliau telah mati di tempat kejadian.

penerjun

Baca lagi: 20 Tahun Simpan ‘Barang’ Berlonggok Depan Dan Dalam Rumah Flat, Wanita Menangis Tak Beri Kerjasama Untuk Bersihkan

Baca lagi: 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti ‘Moving’

“Kami menyaksikan kemalangan itu dengan penuh rasa kesal kerana tidak dapat membantunya…” – Saksi

“Selepas payung terjun beliau gagal terbuka, impak ketika dia jatuh ke atas permukaan tanah amat mengerikan…” – Katanya

penerjun 2
Sumber: News

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.