Selain kisah romantik, Korea juga memiliki banyak filem seram dan thriller misteri yang menarik untuk ditonton.
Sejak tahun 2000-an, filem genre seram dan thriller misteri tampil dengan cerita yang lebih pelbagai dan penuh variasi. Namun, para pembuat filem tetap mengutamakan ciri khasnya tersendiri.
Kejayaan filem Korea dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adalah pengarah yang hebat dan cukup kreatif. Selain itu, sinematografi dan pembawaan karakter juga telah berjaya menaikkan populariti filem-filem Korea di pasaran.
Jom sama-sama kita lihat senarai filem seram dan thriller misteri Korea yang boleh anda layan di Viu:
Metamorphosis (2019)
Filem yang menawarkan genre seram thriller misteri ini dibarisi pelakon bertaraf A-List Korea, Bae Seong-woo, Sung Dong-Il, Jang Young-Nam, Kim Hye-Jun, Cho Yi-Hyun, dan Kim Kang-Hoon.
Metamorphosis mengisahkan sebuah keluarga yang diganggu oleh makhluk halus atau syaitan sehingga menyebabkan seluruh keluarga ini menerima nasib yang sangat tragis.
Semuanya bermula dari tragedi yang menimpa salah seorang pesakit paderi yang dirasuk oleh entiti yang tidak dikenali, namun “ritual” menghalau entiti itu gagal dan menyebabkan pesakit itu mati.
Anehnya, sebelum pesakit itu menghembuskan nafas akhirnya, “dia” sempat menyumpah seranah paderi itu bahawa “dia” akan kembali untuk membunuh ahli keluarga paderi dengan begitu kejam sekali.
Yang pasti, entiti ini tidak mudah dikalahkan. Paderi terpaksa bertarung habis-habisan walaupun mungkin harus mempertaruhkan nyawanya demi orang-orang yang dikasihinya!
Nak tahu bagaimana entiti jahat itu cuba memburu dan membunuh ahli keluarga paderi tersebut satu persatu? Dan dapatkah paderi itu menyelamatkan setiap ahli keluarganya?
Anda boleh menontonnya disini
The Closet (2020)
Filem bergenre seram dan thriller misteri ini dibintangi oleh Han Jung Woo sebagai Sang Won, Heo Yool sebagai Yi Na dan Kim Nam Gil sebagai Kyung Hoon. Berkisahkan tentang seorang Ayah yang bernama Sang Won dan anak perempuannya yang masih kecil Yi Na berpindah ke tempat baru untuk memulakan kehidupan baru selepas kematian isterinya akibat dari kemalangan kereta. Namun, tiba-tiba Yi Na menghilang tanpa jejak di tempat tinggal baru mereka.
Sang Won cuba pelbagai usaha untuk mencari anaknya. Namun, usaha tersebut tidak berhasil dan gagal mencari keberadaan Yi Na. Hingga pada suatu hari Sang Won bertemu dengan Kyung Hoon seorang pengamal penghalau roh jahat. Kyung Hoon mengatakan bahawa Yi Na telah terperangkap di sebuah alam ghaib yang didiami roh jahat melalui almari lama yang ada di rumah baru Sang Won.
Rupa-rupanya, Yi Na bukanlah kanak-kanak pertama yang hilang secara misteri. 32 kanak-kanak lain pernah dilaporkan hilang secara ghaib sebelum ini dan tidak pernah ditemukan. Apakah rahsia yang terdapat di dalam almari tersebut? Dapatkah Sang Won dan Kyung Hoon menyelamatkan Yi Na?
Sangat menarik dan penuh misteri kan? Jom Tonton disini
The Night Owl (2022)
Filem The Night Owl membawa genre thriller misteri dengan kisah mengenai ahli akupuntur bernama Kyung Soo (Ryu Jun Yeol) yang dilahirkan dengan cacat penglihatan sejak lahir, tetapi dia masih boleh melihat ketika keadaan gelap di malam hari. Namun tiada siapa dalam istana yang mengetahui bahawa Kyung Soo tidak buta sepenuhnya.
Tak lama setelah Kyung Soo masuk ke istana, Putera Mahkota So Hyun (Kim Sung Cheol) kembali ke Joseon pada tahun 1645, 7 tahun setelah menjadi tawanan Dinasti Qing. Sebelum itu, Putera Mahkota dan isterinya ditawan setelah kejayaan penjajahan Dinasti Qing ke atas Joseon yang kedua pada tahun 1636.
Namun, Putera Mahkota So Hyun meninggal dunia dengan misterinya tidak lama kemudian setelah kepulangannya. Pada malam kematian Putera Mahkota So Hyun, Kyung Soo tidak sengaja telah menyaksikan kematian Putera itu. Walaupun tidak berdaya untuk membantu ketika itu, Kyung Soo tetap berusaha untuk mengungkap kebenarannya.
Saksikan filem yang penuh misteri ini disini
Baca juga: 7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon
The Devil’s Deal (2023)
Setelah mengarahkan filem The Gangster, The Cop, The Devil yang mengusung tema politik korupsi dan berhasil mendapat sambutan hangat, Lee Won Tae kembali dengan karya terbaru filem The Devil’s Deal yang turut membawa genre thriller misteri.
Kisah melibatkan perebutan kuasa, wang dan maruah yang penuh konspirasi, pengkhianatan, dan tipu muslihat politik dalam filem “Devil’s Deal” ini pasti mampu membangkitkan adrenalin penonton sehingga merasa terpaku ketika melihat gambaran taktik-taktik kotor demi mendapatkan kuasa.
Berlatarbelakangkan Kota Busan, filem ini berkisarkan tentang konflik dan permusuhan antara 3 orang lelaki yang terlibat dalam konspirasi politik.
Mereka ialah Hae Woong (Cho Jin Woong), ahli politik dan calon Ahli Majlis Nasional, Kwon Sun Tae (Lee Sung Min) ahli politik yang mempunyai pengaruh dan kuasa kuat, dan Kim Pil Do (Kim Mu Yeol), ketua gangster.
Menjelang pilihan raya umum 1992, Jeon Hae Woong yang merupakan seorang ahli politik di Busan, ingin menjadi Ahli Majlis Nasional. Namun akhirnya dia harus tarik diri kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Kwon Sun Tae.
Bagi mendapatkan semula kuasa dan haknya kembali, Hae Woong bekerjasama dengan ketua gangster Kim Pil Do. Memandangkan Kwon Sun Tae menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkannya, Hae Woong juga tidak ragu-ragu untuk melakukan perkara yang sama.
Dapatkah Hae Woong menyelongkar semua konspirasi kejahatan sebenar yang dilakukan oleh Kwon Sun Tae dan mendapatkan kembali haknya?
Boleh tonton disini
Pastikan anda tidak terlepas dari menonton kesemua filem genre seram dan thriller misteri yang disenaraikan diatas ini di Viu.