Menjadi raja dunia hiburan India, Shah Rukh Khan tidak pernah gusar untuk mengambil pilihan projek yang cukup berisiko.
Filem pilihan Shah Rukh Khan kadang-kadang berani menyentuh kerajaan India. Jawan yang menjadi projek terbaru King Khan ini juga tersenarai ke dalam kategori filem yang mengkritik filem India.
Filem-filem bertemakan kritikan untuk kerajaan ternyata bukan pengalaman baru bagi Baadshah (Raja) Bollywood ini. Dari awal karier, dia selalu memilih projek seperti ini.
Enam filem dalam senarai ini menampilkan kritikan untuk kerajaan India, filem-filem yang sungguh berani.
1. Oh Darling Yeh Hai India (1995)
Shah Rukh Khan membawa watak sebagai hero yang ingin menjadi bintang filem dalam Oh Darling Yeh Hai India. Impiannya sukar untuk dicapai dan dia menjadi gelandangan di jalanan Mumbai. Pertemuan dengan seorang wanita penghibur telah membawanya terjebak ke dalam konspirasi gangster yang ingin menggantikan presiden dengan lelaki hasil klon mereka. Oh Darling Yeh Hai India menampilkan ketamakan pemimpin negara yang kadang kala hanya ingin menggunakan negara untuk keuntungan peribadi sahaja.
2. Dil Se.. (1998)
Shah Rukh Khan membawa watak sebagai Amarkanth Varma, penyampai radio dari Delhi yang jatuh cinta dengan gadis misteri dari daerah pemberontak. Kisah cinta terlarang ini sukar menjadi kenyataan keraba gadis pujaan Amarkanth berasal dari daerah pemberontak yang ingin bebas dari India selepas tidak mendapat perhatian kerajaan pusat. Dil Se.. menampilkan kisah asmara berlatarkan konflik yang masih terjadi di India walaupun negara tersebut sudah merdeka selama puluhan tahun.
Baca juga: 10 Filem Thriller Tamil 2022, Wajib Tonton
3. Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000)
Ajay (Shah Rukh Khan) dan Ria (Juhi Chawla) merupakan musuh ketat dari dua stesen televisyen berbeza dalam Phir Bhi Dil Hai Hindustani. Mereka perlu mengenepikan ego dan permusuhan sewaktu menemui musuh yang lebih besar. Ahli politik di India ternyata menyembunyikan kes pemerkosaan yang perlu diungkap kebenarannya.
4. Swades (2004)
Usaha Mohan Bhargav (Shah Rukh Khan) untuk memujuk bekas pengasuhnya supaya boleh tinggal bersama di Amerika Syarikat telah membawanya ke jalan berbeza. Morgan yang merupakan seorang pegawai NASA dihadapkan dengan masalah kemiskinan, infrastruktur minimum, dan perbezaan kasta yang masih kental di kampung pengasuh tersebut. Swades menampilkan kisah lelaki India yang akhirnya mengorbankan kejayaanya di luar negara untuk membangunkan negara sendiri.
5. Chak De! India (2007)
Sewaktu berusaha untuk memimpin pasukan hoki wanita, Kabir Khan (Shah Rukh Khan) dihadapkan dengan dua masalah pelik. Anggota pasukannya berasal dari daerah yang berbeza dan mereka sukar untuk bergaul, menyulitkannya membentuk pasukan yang solid.
Kerajaan juga seolah-olah sukar memberi sokongan kerana pasukan hoki wanita yang belum menunjukkan prestasi cemerlang. Chak De! India bukan hanya drama kesukanan yang mengharukan dari pasukan kuda hitam, tetapi juga usaha untuk menolak perbezaan untuk mencapai tujuan bersama yang mulia.
6. Jawan (2023)
Jawan boleh dikatakan sebagai filem politik Shah Rukh Khan yang paling segar dan berjaya pada waktu ini. Dia membawa watak berganda sebagai Vikram Rathore yang rela mati demi melawan mafia yang berusaha menjual negara mereka sendiri.
Sementara itu, sewaktu menjadi Azad, dia mengkritik kerajaan yang tidak membantu petani dan gagal memberi fasiliti yang baik untuk hospital kerajaan. Di antara babak ledakan aksi yang tiada henti, Jawan menonjolkan India dan segala permasalahan politik yang tidak pernah habis.
Shah Rukh Khan tidak pernah memilih projek dengan cerita yang dangkal. Enam filem ini menuntut para penonton untuk merenung dan cuba memulakan perubahan kecil dalam diri mereka.