Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok eziomhl, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki telah menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai duit simpanannya yang berada dalam akaun bank CIMB telah lesap sebanyak RM7,000. Beliau mengatakan sudah membuat aduan kepada pihak berkenaan dan ingin membuat laporan polis, tetapi tidak dibenarkan. Beliau juga mengatakan tidak pernah membuka akaun ketiga serta tidak pernah memberikan sebarang butiran penting kepada orang yang dikenalinya.
Lelaki ini juga menegaskan untuk membuat laporan polis selepas beliau merasa telah ditipu oleh pihak bank.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada ramai orang kerana mengharapkan akaun simpanan tersebut merupakan tempat paling selamat bagi mereka. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, dan mustahil untuk mendapatkan semula wang simpanan yang telah lesap itu. Segelintir netizen turut memberi nasihat kepada beliau dan apa yang perlu dilakukan jika menghadapi perkara sebegini.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 100.8K penonton, 3035 sukaan dan 588 komen.
Baca lagi: Taktik Curi Duit Peniaga Tak Menjadi, Pelanggan Arab Kantoi Selepas Pura-Pura Tanya Jenis Warna Duit
Lihat klip durasi pendek tindakan lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Mz Auto Garage: Bro…. Direct to bank negara… baru dia org takut.. Saya pernah buat dulu bila duit dlm acc hilang
@Rajkamal: klu simpan kat bank pun tak Selamat..mana lg rakyat nak simpan duit..bank/polis kena siasat dulu dan bantu refund duit pada customer,bkn lepas tangan
@nth: duit dlm bank pun tak selamat dah simpan bawah bantal lah
@user6487963917675: Sy Maybank beberapa tahun dulu…lps tu dh xguna kemudahan tu.
@NLK: Can sue the bank actually but there will be pro and cons. Ask lawyer advice makesure u have proof everything
@ayangsaffiya: betui…ank sy pnh kena rm2ribu,tp pihak bank Kata xleh buat pe sbb Ada org dh lakukan 3 pengeluaran dlm 1 Hari di bank lain.tp bank xde jwpn
@dsugudevarajan: bank kena tanggung jawab jugak dan memberi kerjasama penuh
@aaaif2028: sy pon hilang 2k..bila gi jumpa pegawai bank..ckp dh ada org keluarkan..MCM pelik kn …CIMB mentakab
@1: Hopefully bro u lawan cimb.dieorg ni ada something ni mst data breach ni.bw ke muka pengadilan.
@Latifah Ifah Benjami: Pihak CIMB bank X suruh report polis,dari sini sudah nampak n faham kenapa n mengapa…lapor pols biar siasatan di lakukan..
@siti~: sepupu saya 4000 hilang dlm bank bila tanya org bank dia org kata ada org kluarkn duit.kena siasat org dlm bank.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram