Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ragam.manusia, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Wadan, berkongsi cerita kepada gurunya bahawa beliau dipukul oleh ibu bapanya. Namun reaksi gurunya yang memberi beberapa soalan kepada anak muridnya dalam keadaan luka di badan buat ramai yang menahan sebak apabila mendengarnya.
Kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Wadan, dikatakan oleh pihak media bahawa beliau berjaya melarikan diri daripada mereka dan sedang mendapatkan rawatan di hospital. Selain itu, si ibu dan ayah kandungnya dipercayai telahpun ditahan pihak polis.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan berharap ibu bapanya diberikan hukuman yang setimpal. Ada juga yang membuat luahan bahawa kecewa dengan sikap ibu bapa yang tidak memikirkan anak yang sedang kelaparan. Netizen juga mendoakan semoga adik Wadan ini cepat sembuh, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.5M penonton, 152.5K sukaan dan 8791 komen.
Baca lagi: Minta Infaq Satu Kertas Rim Setiap Murid, Sekali Netizen Dedah Sesuatu Mengenai Pihak Sekolah
Lihat klip durasi pendek reaksi guru ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Azuwana Rosli: menangis kami laki bini tgok video adik wadan ni.. anak sy sbaya.. auto teringat dkt anak..
@TuanPersonagrey: Cikgu tanya..Wadan nk roti lgi tak…Nakk!!!..ya Allah adik lapar.. sedih nyeee nape mak ayh bt adik mcm tu
@Fatin amoi: adik2 dy pun sma ke kena dera.allahu..smpai hati ibu n ayah waldan buat mcm ni kat waldan. dgr dy ckp nk roti lgi melelh air mata
@rarasyidan: adik dia ok x… risau nye lahai… kenapa la buat ginie… kecian waldan… semoga waldan kuat ye anak
@Wan_amiera: lancar dia bercerita…penuh dgn perasaan dia share kisah dia..
@NURHASLINAHAMDAN: Allah,ada anak kau x syg,aku yg tggu smpai 6thn bru ada anak.Tabahkn hati waldan.Kmu ank yg baik.
@Necocatkingdom: Semoga wadan cepat membesar jadi anak yg baik dan lebih cepat matang, wadan kuat
@Yanti Zul489: tapi kelebihan budak ini bijak. alhamdulillah. terima kasih cikgu..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram