Home News Takut Kantoi Beranak Luar Nikah, Penyanyi Wanita Usia Awal 20an Sumbat Bayi...

Takut Kantoi Beranak Luar Nikah, Penyanyi Wanita Usia Awal 20an Sumbat Bayi Dalam Luggage Sebelum Buang Di Kebun

0

Tidak berperikemanusian, seorang wanita bergelar penyanyi sanggup membuang anaknya sendiri. Hal ini kerana dia mahu menutup malu kerana telah melahirkan bayi hasil hubungan luar nikah.

Lebih menggemparkan, penyanyi tersebut baru berusia 23 tahun dan telah bertindak kejam dengan menyumbat bayi yang masih bernyawa ke dalam sebuah beg bagasi. Beg bagasi tersebut dibiarkan tertutup selama dua hari di dalam bilik tidur penyanyi berkenaan sehingga tiada lagi suara yang keluar daripada jasad bayi itu.

beg mayat

Baca juga : “Hang Cakap Tak Elok Muka Hang Jahanam”-Peniaga Wanita Mengamuk Selepas Ditegur Pelanggan

Baca juga : Situasi Lelaki Mengamuk Dirakam Cctv, Baling Air Panas Terkena Budak 4 Tahun

Setelah memastikan bahawa bayinya sudah meninggal dunia, wanita itu memutuskan untuk menghumban beg tersebut di dalam sebuah kebun pada awal Mei lalu.

Memetik laporan Tribun News, suspek merupakan seorang penyanyi dangdut yang berasal dari daerah Pacitan, Jawa Timur, Indonesia.

dangdutt

Ketua Polis Daerah Pacitan, AKBP Wildan Alberd memaklumkan bahawa penyanyi dangdut yang berusia 23 tahun itu melahirkan anak di dalam tandas bersendirian.

Oleh kerana kes tersebut masih berada di dalam siasatan, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa ada suspek lain yang terlibat di dalam insiden mengerikan itu.

“Pelaku mengaku nekad membuang bayi tersebut karena merasa sangat malu atas hasil hubungan gelapnya dengan beberapa orang lelaki berhidung belang.

“Polis juga masih melakukan siasatan lanjut terhadap sebarang kemungkinan bahawa adanya tersangka (suspek) yang lain.” Jelas Wildan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram