Dalam sebuah keluarga, memang ada terjadinya konflik yang melibatkan anggota keluarga masing-masing. Konflik tersebut biasanya dipicu oleh beberapa perkara, seperti salah faham dan juga perbezaan pendapat.
Ramai pembikin filem India yang menjadikan konflik keluarga sebagai tema utama dalam sesebuah filem. Salah sebuah filem bertemakan konflik keluarga yang paling popular adalah Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Selain itu, masih ada beberapa buah filem India lain yang bertemakan konflik keluarga yang bakal menyayat hati anda. Jom sama-sama kita lihat!
1. Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001)
Kabhi Khushi Kabhie Gham menceritakan tentang Rahul (Shah Rukh Khan) yang merupakan anak angkat pasangan kaya, iaitu Yash (Amitabh Bachchan) dan Nandini (Jaya Bachchan). Yash menjodohkan Rahul dengan anak rakan baiknya, iaitu Naina (Rani Mukerji). Namun, Rahul yang sudah jatuh cinta dengan Anjali (Kajol) menolak jodoh itu. Kerana cinta tidak direstui, Rahul sanggup meninggalkan keluarganya untuk membina hidup baru bersama Anjali di London.
2. Baghban (2003)
Amitabh Bachchan dipasangkan dengan Hema Malini sebagai suami isteri yang sudah bersara dalam filem Baghban. Selepas bersara, Raj (Amitabh Bachchan) dan Pooja (Hema Malini) perlu tinggal bersama empat anak mereka. Kerana keegoan si anak, Raj dan Pooja terpaksa hidup terpisah. Bahkan, anak-anak tersebut bersikap kurang ajar di hadapan Raj dan Pooja.
3. Kapoor & Sons (2016)
Filem India Kapoor & Sons menceritakan tentang keluarga Kapoor yang mula berpecah belah sejak Rahul (Fawad Khan) dan Arjun (Sidharth Malhotra) kembali ke India. Berbagai-bagai konflik terjadi dalam keluarga Kapoor, bermula dari masalah kewangan, cinta tiga segi, hingga tuduhan berlaku curang. Sebagai orang tertua di dalam keluarga Kapoor, Amarjeet (Rishi Kapoor) yang mula tidak sihat ingin melihat keluarganya bersatu kembali.
4. Badhaai Ho (2018)
Ayushmann Khurrana diberi kepercayaan sebagai pelakon utama yang membawa watak Nakul dalam filem India komedi bertajuk Badhaai Ho.Nakul tinggal bersama keluarganya yang sering menghadapi konflik ringan setiap hari. Namun, konflik besar mula muncul setelah kehamilan ibu Nakul terungkap. Nakul yang merasa malu kerana akan memiliki adik di usia tua sering bergaduh mulut dengan orang tuanya.
5. Tribhanga (2021)
Tayang di Netflix, filem India Tribhanga berkisar tentang cerita suri rumah tangga bernama Nayan (Tanvi Azmi) yang selalu dianggap salah oleh ibu mertuanya. Kerana tidak tahan dengan sikap ibu mertuanya, Nayan memilih untuk keluar dari rumah suaminya dengan membawa kedua-dua anaknya. Anak-anak Nayan iaitu Anuradha (Kajol) dan Robindrio (Vaibhav Tatwawadi) membencinya kerana telah memisahkan mereka dengan ayah mereka. Memasuki usia lanjut, Nayan menulis sebuah buku yang menceritakan seluruh kisah hidupnya yang berliku-liku.
6. Jugjugg Jeeyo (2022)
Jugjugg Jeeyo menampilkan Varun Dhawan dan Kiara Advani sebagai pelakon utama. Mereka membawa watak sebagai Kukoo dan Naina yang nyaris bercerai kerana sering mempunyai konflik. Kukoo dan Naina memutuskan untuk bercerai setelah menghadiri majlis perkahwinan adik Kukoo di India. Ketika tiba di India, mereka mengetahui bahawa hubungan ibu bapa Kukoo juga di ambang perceraian.
7. Raksha Bandhan (2022)
Akshay Kumar melakonkan karakter bernama Lala yang memiliki empat adik perempuan. Kehidupan mereka sederhana dengan Lala yang bekerja sebagai penjual manisan. Lala sudah berjanji tidak akan berkahwin sebelum dia mengawinkan empat adiknya. Berbagai-bagai cara dilakukan Lala untuk mencari jodoh yang tepat untuk empat adiknya. Sewaktu sudah menemui jodoh yang tepat, Lala perlu membanting tulang mencari wang untuk membeli mahar pernikahan yang diminta oleh pengantin lelaki.
8. Goodbye (2022)
Goodbye menampilkan drama filem India yang terjadi antara Harish (Amitabh Bachchan) dan anak-anaknya selepas isterinya meninggal dunia. Anak-anak Harish tinggal di tempat yang berbeza-beza, ada yang di Bengaluru, Los Angeles, hingga Dubai. Kerana sifat Harish yang keras kepala dan ego, dia sering berdebat dengan anak-anaknya.
9. Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023)
Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani merupakan comeback Karan Johar sebagai pengarah selepas menyepikan diri selama enam tahun. Watak yang dilakonkan oleh Alia Bhatt adalah seorang gadis bernama Rani yang akan berkahwin dengan Rocky (Ranveer Singh).
Sebelum perkahwinan berlangsung, Rani perlu tinggal bersama Rocky, begitu juga sebaliknya. Sewaktu tinggal bersama keluarga Rocky, Rani harus menghadapi kerenah setiap anggota keluarga Rocky yang tidak setuju dengan perkahwinan tersebut.
10. Gulmohar (2023)
Keluarga Batra perlu meninggalkan rumah yang sudah mereka duduki selama 31 tahun untuk berpindah ke bandar lain. Filem Gulmohar menyoroti empat hari terakhir mereka sebelum perpindahan yang penuh drama. Selama empat hari itu, rahsia dari seiap anggota keluarga mula terungkap.
Sejak tahun 2000-an sampai sekarang, tema konflik kekeluargaan selalu ditampilkan dalam berbagai-bagai filem popular.
Sepuluh filem India di atas berjaya mengacau emosi penonton dengan menampilkan adegan sedih dan menarik di tengah-tengah konflik keluarga yang sedang terjadi.