Home News Imej Berpurdah Dengan Pakaian Dikritik, sekali Respon Neelofa Mengejutkan

Imej Berpurdah Dengan Pakaian Dikritik, sekali Respon Neelofa Mengejutkan

0

Selebriti terkenal dan usahawan Neelofa menjelaskan bahawa beliau akan mendapatkan kebenaran suaminya iaitu PU Riz dari segi pemilihan pakaian setiap hari sebelum keluar dari rumahnya.

Menurut selebriti tersebut, beliau juga akan memastikan pemakaiannya yang dipilih tidak menampakkan susuk tubuhnya.

Neelofa 2

Baca lagi: Kebenaran Terdedah Jua, Caprice Dedah Bukti Pihak Ebit Lew Tipu Ibu Bapa Mondy Tatoo

Baca lagi: “Anak-Anak Saya Tidak Pernah Jejak Kaki Di Tempat Judi, Minum Arak..” – Ibu Neelofa

“Setiap kali saya keluar rumah, saya akan mendapatkan ‘green light’ dari suami. Kalau ada yang dia tegur macam singkat di belakang, saya akan tukar…” – Neelofa

“Selagi tak nampak susuk badan, bentuk peha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay…” – Katanya

Bertanya mengenai keterbukaannya menerima kecaman tanpa putus dari orang ramai, Neelofa tetap senyum dan mengambil teguran secara positif.

Neelofa 1

“Kalau awak tutup mata saja, orang tetap akan kecam. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan macam-macam lagi. Kita cuba yang terbaik untuk jadi yang lebih baik…” – Tambahnya

“Kita pun banyak lagi nak belajar. Alhamdulillah saya ada pasangan yang sentiasa bantu saya…” – Katanya lagi

Terdahulu, Neelofa ditegur selepas video dirinya berpakaian kurang sesuai dengan imejnya yang berpurdah yang dimuat naik di Tiktok baru-baru ini, tular.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sumber: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.