Prain TPC merupakan salah sebuah agensi hiburan Korea Selatan yang menjadi syarikat naungan bagi beberapa orang pelakon popular negara itu. Di antaranya adalah Ryu Seung Ryong, Lee Joon, Lee Se Young, dan beberapa nama besar lain.
Pelakon-pelakon dari agensi ini hampir tidak pernah sunyi untuk membintangi drama Korea pada setiap tahun. Kebanyakan dari mereka juga selalu diberi kepercayaan untuk melakonkan watak-watak penting dalam sesebuah drama.
Laris di pasaran, berikut adalah 12 Kdrama siri Korea yang dibintangi oleh artis Prain TPC pada tahun 2023.
1. Pelakon senior Ryu Seung Ryong baru sahaja menamatkan drama Moving sebagai seorang bekas ejen rahsia yang bernama Jang Ju Won yang mempunyai kuasa super
2. Revenant merupakan drama yang menggabungkan genre thriller dan seram. Drama siri ini dibintangi oleh dua orang artis Prain TPC, iaitu Oh Jung Se dan Kim Shin Bi
3. Selain Revenant, Oh Jung Se juga telah disahkan akan bergandingan dengan Gong Hyo Jin dan Lee Min Ho dalam drama Ask the Stars yang akan ditayangkan tidak lama lagi
4. Drama King the Land yang sudah berakhir turut menampilkan Kim Ga Eun yang membawa watak sebagai ibu seorang anak dan juga sahabat karib kepada watak utama wanita
5. Sweet Home disahkan akan bakal menayangkan musim kedua dan ketiganya, di mana Kim Moo Yeol akan tampil sebagai salah seorang pelakon drama tersebut
6. Hi Cookie merupakan Kdrama fantasy jenayah yang menampilkan Kim Moo Yeol, Nam Ji Hyun, dan Choi Hyun Wook untuk menjadi pelakon utama. Drama ini menyajikan kisah tentang sepotong kek yang boleh mengabulkan permintaan
7. Lee Se-young digandingkan dengan Bae In Hyuk, pelakon yang enam tahun lebih muda darinya dalam Kdrama The Story of Park’s Marrieage Contract
8. Penulis dan pengarah Kdrama Penthouse kembali berkolaborasi dalam drama bertajuk The Escape of The Seven yang dibintangi oleh Lee Joon dan tayang pada 15 September lalu
9. Dalam Kdrama The Woman Who Plays, Uhm Tae Goo membawa watak sebagai seorang lelaki yang bernama Ji Hwan yang terlibat dengan kisah romantik dengan Eun Ha yang dilakonkan oleh Han Sun Hwa
10. Won Hyun Jun menjadi pelakon pertama Prain TPC yang membintangi drama pada tahun ini. Dia mengambil peranan sebagai salah seorang anggota geng jenayah dalam Kdrama Payback: Money and Power
11. Joseon Attorney menjadi Kdrama sageuk pertama yang dibintangi oleh Lee Kyu Sung. Kdrama ini menceritakan tentang kisah seorang peguam di zaman Joseon
12. Bitch X Rich menampilkan kisah para pelajar di sebuah sekolah elit yang terlibat dalam sebuah kes jenayah. Han Da Sol berjaya menarik perhatian melalui lakonannya sebagai Oh Shi Eun
Nampaknya banyak juga drama siri tahun ini yang menampilkan para pelakon dari agensi Prain TPC. Salah satu Kdrama siri yang sekarang ini sedang hangat ditayangkan adalah The Escape of The Seven.