Home Video Rumah Disewa Bersama Kakak Terbakar, Wanita Mengandung Anak Pertama Tiada Tempat Berteduh

Rumah Disewa Bersama Kakak Terbakar, Wanita Mengandung Anak Pertama Tiada Tempat Berteduh

0

Banyak kejadian kebakaran yang dilihat sangat menyayat hati dan membuatkan sesiapa pun tidak sanggup untuk menghadapi situasi tersebut.

Kali ini kes kebakaran yang tular di tiktok @nrlnnatasha telah membuatkan ramai yang bersimpati dengan apa yang menimpa pemilik rakaman itu sendiri yang mana rumah yang disewa bersama kakaknya itu terbakar ketika dia sedang sarat mengandung anak pertama. Difahamkan dia dan suami baru sahaja ingin memulakan hidup baru iaitu dari bawah dan tidak sangka musibah yang menimpa mereka. Di ruangan kapsyen video berkenaan juga dia meminta orang ramai untuk mendoakan dia.

Pada 22/9 saya pergi ke hospital melaka kerana ada appoiment jantung.. balik singgah ke rumah mak di jasin. Dalam pukul 8 malam, anak saudara call cakap rumah terbakar, (saya memyewa bilik di rumah kakak, bermakna kami sewa bersama) saya sedang mengandung anak pertama. Jadi kami suami isteri baru nak mulakan hidup dari bawah, malangnya kini saya dan suami dah tiada tempat berteduh, tempat tinggal. Bilik kami paling hadapan sekali alhamdulillah taiada api tidak sempat merebak ke bilik kami walau sedikit pon. Tetapi rumah total lost, tak boleh duduk, kemas atau pon stay disitu lagi buat masa sekarang kerana keadaan yg teruk. Kasihan kakak dan abang ipar saya, tinggal sehelai sepinggang, baju anak 5 orang dari A sampai Z semua musnah. Allah sahaja tahu apa perasaan kami sekarang. Kami semua buntu. Buat masa sekarang tumpang tidur di rumah abang dan ibu sahaja.. sudahlah saya memang memerlukan duit, kini tempat tinggal juga dah tiada.. ujian Allah. Sebarang pertanyaan boleh dm saya. Saya minta doa kalian semua supaya urusan kami dipermudahkan dan kamu sentiasa tabah.

Baca juga : Stesen Minyak Petronas Terbakar Berpunca Dari Kereta Kancil

Baca juga : Akibat Suka Cas Telefon Terlalu Lama, Telefon Meletup Dan Rumah Hampir Terbakar

Lihat klip berdurasi pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@baby : dah dapat bantuan kan dari ardel? hrp dpermudahkn segalanya.. mari lah support bussiness sambal sis ni ye

@Boy_ketam7 : Gais jom support akak ni jual sambal, jom support beli kita bantu ringankan beban akak ni skit.

@Raihan : saya pernah mngalmi jugak..rumah mak ngn abg trrbakar tapi alhmdulillah ramai org bantu sampai dapt buat rumah baru balik .sedih sngt rumah bnyk

@Noor Atifah : Semoga dipermudahkan urusan. Semoga awak kuat. Kita jiran setaman sis. Saya selalu beli sambal awk.

@Nieza Jue : katanya tglkan ank kt rumah tnp pgawasan org tua kan…sbb kwn post smlm…ape2 ni sune dugaan ujian allah..smoga dprmudahkan ye

@bunga : Allahu ada lupa tutup suis ke, berat sgt ujian..semoga Allah gantikn yang lebih baik

@atieyayat : laila haila anta subhanaka inni kuntu minna zolimin, semoga dipermudahkan segala urusan you, allah uji org hebat

@Nurul Afiqah : moga dipermudahkan urusan sis..saya rasa apa sis rasa..rumah saya pun terbakar bulan 2 tahun ni . saya jadi trauma sbb anak ada dlm rumah.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram