Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok anushiapalaniappan, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang influencer wanita membuat satu ‘cabutan bertuah’ kepada orang awam. Selepas mencuba beberapa orang untuk ‘mencabut’, beliau bertemu dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan telah menyahut cabaran tersebut. Serta lelaki itu juga mendapat RM200 daripada wanita ini, yang menyatakan bahawa beliau ingin belanjakan wang itu untuk membeli barang keperluan rumah.
Oleh itu, reaksinya ketika ingin membeli barang keperluan rumah itu pula buat ramai yang sebak.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksinya ketika beliau mula mengambil susu formula untuk anaknya. Ada juga yang mengatakan barangan keperluan kini tidak seperti dahulu, dan harganya juga semakin menaik.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 311.5K penonton, 23.4K sukaan dan 638 komen.
Baca lagi: Menyesal Undi Selepas Harga Barang Naik, Sekali Lelaki Ini Beri Respon Buat Ramai Setuju
Lihat klip durasi pendek reaksi lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Kinting bulat: Hi kak.. Trima kasih kerana berkongsi rezki dgn kmi ank bernk.. Time nie memng susu n brg kperluan abis.. X trblas jasa akk… Trima ksih bnyk2
@VaMpIRe: Balik rumah, wifenya happy, dia pon happy… Alhamdullilah rezeki abg ni…
@Mirrr : Dia amek susu anak aku dh naik bulu roma , Bapak & suami yg baik. Coklat first tu mesti tuk bini dia kan
@M@lena Lena: I cried watching this…it shows he really needed this more than anything else….basic needs
@SNKAA: lelaki yang bertanggungjawab.. macam ni .nampak ye dia lelaki yg bertanggungjawab, ada rezeki tp masih pikirkan tanggungjawab and pilih tanggungjawab
@kakZueRa: Allah sebaknya..bila dia amik susu ank tu buat sy kagum dgn dia,dia amik beras lg betul2 dia ni mmg memerlukan.. rezeki xsalah alamat..
@Sarie: nk beli cklat mhl pkai duit gaji, takut x terbeli. masa ni la nak merasa. beli skli yg penting susu n beras. milo mungkin ank yg 6 tahun suka. bagus
@IZZRAYFAshop: Alaaa sebak pulak.. bila sorang ayah utamakan keperluan anak²nya
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram