Home Entertainment Teori Terakhir “Behind Your Touch’, Menjelang 2 Episod Akhir: Siapa Pembunuh Bersiri...

Teori Terakhir “Behind Your Touch’, Menjelang 2 Episod Akhir: Siapa Pembunuh Bersiri Itu?

0

Menjelang episod akhir Behind Your Touch, masih tersisa banyak misteri yang belum terungkap. Permasalahan yang terjadi pada setiap karakter semakin rumit, keadaan diburukkan lagi dengan kematian suspek pembunuhan bersiri yang ternyata tidak bersalah.

Walaupun 14 episod Behind Your Touch sudah berlalu, masih belum terungkai siapa dalang sebenar disebalik pembunuhan bersiri yang terjadi di desa Mujin. Sebelumnya penonton diajak untuk mencurigai beberapa suspek bermula dari Cha Ju Man (Lee Seung Joon), Kim Seon Woo (Suho), dan Jeon Gwang Sik (Park No Sik).

IMG 6598

Namun ternyata beberapa suspek yang sebelumnya dicurigai, terbukti tidak bersalah dan malah menjadi mangsa pembunuhan. Namun tersisa satu suspek yang dijangka menjadi dalang dari semuanya iaitu bomoh Park Jong Bae (Park Hyuk-kwon). Benarkah dia adalah pembunuh bersiri itu?

IMG 6570 1

Kematian Seon Woo (Suho) pula adalah sesuatu yang penonton tidak jangka dan tidak bersedia langsung. Dari segi logiknya, hanya tinggal 2 episod di Behind Your Touch, dan tidak ada masa yang cukup untuk Ye Bun dan Jang Yeol jatuh cinta. Disebabkan itu terdapat sebahagian penonton mengandaikan bahawa mereka akan kekal sebagai kawan dan Ye Bun benar-benar akan berakhir dengan Seon Woo. Tetapi Seon Woo sudah mati, Ye Bun patah hati, Jang Yeol penuh rasa bersalah, dan kita sebagai penonton hanya keliru dan diulit emosi!

Misteri apa saja yang diharapkan dapat terbongkar pada episod akhir “Behind Your Touch” ini? Jom kita lihat teori terakhir untuk suspek kita.

1. Misteri pemilik kekuatan super ketiga

IMG 6567 1

Menurut Bong Ye Bun (Han Ji Min) dan Jeon Gwang Sik (Park No Sik), masih ada satu orang lagi yang memiliki kekuatan super. Orang ketiga pemilik kekuatan super ini dicurigai menjadi suspek pembunuhan kerana mengetahui rancangan Ye Bun.

Benarkah pembunuh bersiri ini memiliki kekuatan super? Lalu, seperti apa kekuatan super yang dia miliki sehingga mengetahui rancangan Ye Bun dan mampu membunuh sasaran tanpa harus melihat? Misteri ini masih belum terjawab.

 

2. Alasan pembunuhan

IMG 6566

Sehingga ke saat ini masih belum diketahui apa motif disebalik pembunuhan yang dilakukan di desa Mujin. Identiti setiap mangsa pembunuhan begitu beragam dan berbeza latarbelakang sehingga ada banyak teori yang tidak dapat dikaitkan dan belum dapat diselesaikan.

Adakah benar bahawa pembunuh adalah mangsa dari ketidakadilan pejabat daerah Mujin iaitu, Adun Cha Ju Man? Lalu mengapa dia juga ingin membunuh Kim Seon Woo dan Bong Ye Bun?

 

3. Suspek Utama Bomoh Park

Behind your touch

Di episod sebelum-sebelum Behind Your Touch, bomoh Park cuba membunuh Adun Cha di pejabatnya, dan siapa tahu apa yang akan berlaku jika Ye Bun tidak tiba di tempat kejadian pada hari itu? Sesuatu tentang watak ini yang tidak beres.

Mari kita imbas semula bahawa pada malam Influencer Kim Si A dibunuh, bomoh Park adalah salah seorang daripada tiga orang yang ditemuinya, dan dua yang lain telah mati. Kemudian ada Ju Seok, kita tidak tahu apa dendam Bomoh Park terhadap Ju Seok, melainkan apa yang kita ketahui dia cumalah seorang gadis penghantar kopi. Pada malam Ye Bun bergegas pulang ke kampung untuk mendapatkan bantuan untuk Ju Seok, bomoh itu adalah orang pertama yang menyentuh tangannya.

IMG 6595

Ramai antara kita juga sedang mempertimbangkan bahawa bomoh Park telah dirasuk oleh Jeneral MacArthur. Maka ini mungkin akan menjadi kes gangguan “split personality”, dan kita akan mendapati bahawa Jeneral mengambil alih bomoh semasa berlakunya setiap pembunuhan. Mungkin ada ilmu disebaliknya yang menyembunyikan ingatan dalam otak sedar bomoh itu, sebab itulah Ye Bun tidak pernah dapat melihatnya.

IMG 6593

Berkemungkinan besar Seon Woo dari awal sudah mengesyaki perkara ini kerana dia tinggal serumah dengan bomoh itu, dan pisau di dalam kotak peralatannya adalah milik bomoh Park.

Melihat dari segala aspek diatas, bomoh Park kelihatan seperti pilihan terkuat sebagai suspek utama.

 

4. Encik Kang, pembantu Adun Cha

IMG 6599

Mari kita ingat bahawa kes pembunuhan Adun Cha berbeza daripada mangsa yang lain kerana dia adalah satu-satunya kes berprofil tinggi dalam senarai keseluruhan. Ramai penonton juga telah membuat spekulasi bahawa penipuan yang Adun Cha lakukan selama bertahun-tahun dengan bosnya, ada kemungkinan seseorang mesti memerhatikannya, dan siapa yang lebih tahu jika bukan pembantunya sendiri?

Semuanya bermula dengan Kim Si A, dan pada hari dia keluar dari hospital, dia telah distrim secara langsung dengan Adun Cha dalam video itu. Kita tidak tahu apa yang difikirkan oleh seseorang, dan itu boleh menjadi motif pembunuhannya.

Bagi gadis penghantar kopi Ju Seok pula, mungkin dia ternampak sesuatu secara tidak sengaja. Gwang Sik mungkin menjadi sasaran kerana dia merasakan sesuatu dan menghalangng dari membunuh, dan itulah juga sebab Ye Bun menjadi sasaran sekarang.

 

5. Bekas Suami Hyeon Ok

IMG 6600

Dia adalah salah satu watak yang jarang kita lihat, dan itulah sebabnya para penonton ada sebab untuk mengesyakinya. Mungkin dia adalah orang yang bekerja untuk bekas bos Adun Cha dan berada di sana untuk melihat keadaan tanah itu.

Dari segi ketinggian badan, dia sememangnya lebih tinggi daripada Gwang Sik dan lebih rendah daripada Jang Yeol. Mungkin dia yang mengintip Ye Bun dan Gwang Sik pada malam hujan meteor. Dan apa yang dia lakukan hanyalah atas arahan orang lain, mungkin kerana dia diperas ugut. Apapun ia, dia adalah pilihan paling lemah setakat ini.

6. Orang Keempat

IMG 6568

Memang benar bahawa tiada apa-apa untuk menghubungkan setiap mangsa pembunuhan. Si A hanyalah seorang penstrim langsung yang mementingkan diri sendiri. Ju Seok adalah seorang pekerja yang dibebani hutang. Adun Cha ialah seorang ahli politik dan Gwang Sik mengusahakan ladang tenusu.

Mesti ada rangkaian yang bersangkut-paut di sini. Mungkin, ketika Si A dibunuh dan Ju Seok telah melihat kejadian itu jadi dia terpaksa dibunuh. Adun Cha berubah menjadi liabiliti, dan Gwang Sik terlibat sekali kerana mengetahui kebenaran melalui kuasanya.

Pembunuh tidak memilih mangsanya secara rawak tetapi melalui beberapa siri peristiwa yang tanpa disedari menghubungkan mereka semua. Ada kemungkinan bahawa dia mempunyai rakan sejenayah, yang akan menjelaskan mengapa mereka dapat menikam orang dengan mata tertutup.

Kejayaan Behind Your Touch menjadi drama yang paling digemari kini juga bukan hanya kerana lakonan luar biasa para pelakonnnya, tetapi juga kerana jalan cerita yang kuat dan emosional yang mampu menarik perhatian penonton. Betapa bijaknya olahan cerita dalam Behind Your Touch ini dihasilkan sehingga ia berjaya memanipulasi kita semua dengan menyimpan plot twist yang terbaik sebagai hadiah terakhir para penonton!

Sebagai drama yang menuju cerita akhir pada minggu ini, penonton tentu akan semakin tidak sabar dengan bagaimana segala konflik akan diakhiri. Juga bagaimana cerita karakter-karakternya akan berkembang.

Diharapkan Behind Your Touch akan mempertahankan momen positif ini sehingga akhir penayangannya. Pastinya memberikan pengalaman yang memuaskan bagi para penggemar dan penonton setia.

Jangan lupa saksikan 2 episod akhir “Behind Your Touch” pada malam ini dan esok hanya di Netflix ya guys!

Baca lagi: 8 Fakta Kes Pembunuhan Dalam Behind Your Touch
Baca juga: Behind Your Touch: Ulasan Episod 12 Dan Preview Episod 13