Home Video Akibat Tak Asingkan Sampah, Pekerja Alam Flora Temui ‘Powerbank’ Selepas Lori Berasap...

Akibat Tak Asingkan Sampah, Pekerja Alam Flora Temui ‘Powerbank’ Selepas Lori Berasap Secara Tiba-Tiba

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mohd_redzuan88, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana pekerja pembuangan sampah terkejut apabila melihat barangan sampah yang dikutip serta sudah diletakkan ke dalam lori sampah berkenaan tiba-tiba berasap dan terbakar. Reaksi mereka memadamkan kesan terbakar pada buangan sampah itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dikatakan oleh salah seorang pekerja itu juga bahan terbakar berkenaan merupakan ‘powerbank’ yang diletakkan sekali bersama sisa makanan dan bahan buangan yang lain.

Screenshot 2023 09 30 134644
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini boleh membahayakan pihak mereka jika berlakunya sebegini. Ada juga yang membuat pesanan kepada orang ramai untuk mengasingkan sisa makanan, plastik dan bahan elektronik agar memudahkan lagi mereka yang sedang menjalankan tugas.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 227K penonton, 2837 sukaan dan 106 komen.

Baca lagi: Semata Tidak Mahu Membayar Parking, Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Undang Amarah

Baca lagi: Tak Perasan Suami Bawa Kunci Pendua, Reaksi Anak Beranak Ini Terkurung Dalam Rumah Pula Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek reaksi pekerja ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Kedai Spek Murah: Ni mesti buang power bank kalau x bateri laptop

@izahothman: asingkanla…bgla kerjasama..kesian tau diaorg kerja,..

@leo_orm: kena cahaya matahari lama sangat battery jadi panas dan terbakar

@Shafiq: ni satu. satu lagi kalau buang kaca pecah tu balut dlm surat khabar tebal2 la geng. dah byk kali tgk org buang kaca terus dlm tong.

@SHAZEiN SAMAD: Aku kalo bekas atau benda2 yg bkn makanan .. aku suka asingkan sbb org kutip2 brg terbuang akan amik .. senang x yah selongkar2 ..

@norma82: powerbank tu terbakar masa dlm tong sampah kat umah org lagi atau terbakar semasa dituang ke dlm lori….semoga sahabat dilindungi Allah swt

@Anisa Razak: Boleh hntar brg2 elektronik yg dah rosak / tidak boleh digunakan lagi di Pusat Ekonomi digital (PEDi) yg trdekat. Jgan risiko kan dri sndiri &org lain

@farez.adriyan: powerbank battery mmg x bole kene haba yg tinggi, ni klw masuk kargo kapal..mahu terbakar kargo

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram