Home Video Wanita Trauma Diekori Lelaki Hingga Ke Surau, Siap Pakai Jubah Dan Purdah

Wanita Trauma Diekori Lelaki Hingga Ke Surau, Siap Pakai Jubah Dan Purdah

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok miftahonchannel, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek di mana beliau telah diekori oleh lelaki yang berpakaian jubah hitam serta memakai hijab dan purdah. Dikatakan individu berkenaan berpura-pura menjadi seorang wanita dan ekori beliau daripada bilik air hingga ke dalam surau.

Wanita ini dengan berasa tidak selesa atas tindakan individu tersebut, beliau membuat keputusan memanggil suaminya yang menunggu di luar surau itu.

Screenshot 2023 09 30 201137
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan individu tersebut sememangnya sudah berlebihan dan berharap lelaki itu dikenakan hukuman yang setimpal. Ada juga yang berasa kasihan terhadap wanita itu, kerana sudah menjaga auratnya sebaik yang mungkin namun didatangi pula orang sebegini.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Baca lagi: Terkejut Tengok Surau Di Pusat Beli-Belah, Ramai Tak Sangka Masih Ada Surau Seperti Itu

Baca lagi: Diganggu Ketika Bermain Seorang Diri, Reaksi Adik Ini Seperti Nampak ‘Sesuatu’ Raih Perhatian

Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@: cuba bayangkan perempuan tu diri kita,isteri kita,mak kita,anak perempuan kita.eee geram betul

@Itachi: Allah,kasiannya kakak itu.. dia jaga auratnya elok².. Allahhu..

@SyazzWaNi: SubhanaAllah…Dunia mnkutkan skrg ni.. Allahuakhbar

@Guna akaun adik: Ya Allah, lagi trauma ngan laki dan lagi x mau nk kluaq rumah p mana2

@Fauziyah Husin: Astaqfirullahilazhim..Semoga ALLAH SWT lindungi kita semua kaum² hawa..Aamin³ YRA

@srikandicamar: ALLAHUAKHBAR kmi ni pnyalah jga aurat purdah niqab bgai waima di media sosial pon xup pic, moga ALLAH lindungi kaum muslimat seluruh dunia

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram