Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok faizallspesot, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain di kawasan tempat letak kenderaan di dalam rumahnya, namun dengan tidak sengaja ‘terpatahkan’ cermin sisi kereta milik bapanya. Reaksi kanak-kanak ini yang cuba memasangkan semula selepas mematahkan cermin sisi kenderaan itu telah mendapat perhatian netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi kanak-kanak ini selepas mematahkan cermin sisi kenderaan milik bapanya membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan untuk mencuba memasangkan semula cermin sisi tersebut. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen dan memberi sedikit kata-kata agar kanak-kanak itu berasa takut.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 182.7K penonton, 3413 sukaan dan 331 komen.
Baca lagi: “Dia Ingat Whiteboard Ke” -Reaksi Kanak-Kanak Ini Selepas Conteng Kereta Atuk, Buat Ramai Terhibur
Lihat klip durasi pendek kanak-kanak ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Syiera_TTshop: Berapa hari agak yer suspek direman xkluar rumah yer
@Ruffyland: Bhahahaa.. Agaknya apa la prasaan dia msa tu.. Hahahaha
@sarahe: wehh..dia mesti pikir mcm mana ni…Hahaha adik²..prapp acik dengo
@Lizy Meya: Prasaan takut sbb buat slh yg makan wang ringgit smpai ke tua akn ingt hahah..
@jojofreez: kita smua pernah di situasi ni dik dulu2 bezanya ada yg ok ada yg makan paip getah takpon cair taik telinga je
@chepahseno: rakam.tak sesi soal.siasat…mesti.lawakk kekanak ni nk pusing citer
@Sue’Asfa: nmpk perasaan bersalah dlm diri tu ye..gigh nk cntom balik
@R.A.R: oklah dik awak punya usaha untuk perbetulkan tu boleh kasi la
@P I Q A H : haaaa haaa tak tahu.. ayokkk hang dikkk.. sabauu je lah mak ayah hang.. hahahaha
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram