Home Video Reaksi Ular Sawa ‘Tunduk’ Selepas Diberi Salam Dan Baca Doa Nabi Sulaiman,...

Reaksi Ular Sawa ‘Tunduk’ Selepas Diberi Salam Dan Baca Doa Nabi Sulaiman, Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mohdamirfaizal, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki sedang menangkap seekor ular sawa, namun reaksi ular sawa itu selepas diberi salam serta dibacakan doa Nabi Sulaiman pula jadi perhatian ramai. Seperti yang kita lihat ular itu bukanlah sebesar lengan, tetapi gigitannya juga boleh membawa maut.

Oleh itu, reaksi ular ini yang sambil menunduk selepas diberi salam serta dibacakan doa Nabi Sulaiman telah ditular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 02 152724
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tidak sangka bahawa cara lelaki ini lakukan dengan hanya memberi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman menjadi pada haiwan berbisa tersebut. Ada juga yang mengatakan perkara ini sememangnya menjadi jika dibaca dengan betul, dan sering mengamalkan ketika di dalam rumah agar tidak mempunyai haiwan berbisa atau perkara yang tidak diingini terjadi.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 4.1M penonton, 255.3K sukaan dan 4146 komen.

Baca lagi: “Kecut Tengok Bila Ular Tu Patah Balik”-Rakaman Bomba Lepaskan Ular Tedung Raih Perhatian Ramai

Baca lagi: Anak Bergayut Pada Side Mirror Hingga Patah, Sekali Reaksi Kanak-Kanak Ini Cuba Menyantumkan Semula Jadi Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi ular sawa ini selepas diberi salam dan dibacakan doa Nabi Sulaiman:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Mawar putih: Mmg power doa nabi sulaiman ni…sy pernah jinakkn kucing yg liar dgn mnggunakn ayat ni…dari liar,mncakar..tetiba jdi manja

@ikan goreng: sy kalau situasi mcm ni.. doa makan pun boleh lupa..

@selfish zeca*44: Allahu Akbar… Allah maha besar…Doa nabi Sulaiman semua tunduk padanya dengan izin Allah swt…

@Fida hipnie: Aritu ular tedung masuk rmh sy bang…sy baca doa ni…sy baca sambil marah2..dia lari …garang perempuan ni dia cakap kot..tp tu lh salah timing dia dtg

@Abe Lie Jambu: aku pernah lalui situasi mcm ni kat dapur rumah.. aku baca ayat nabi sulaiman ni dlm 3x-7x. dgn izin Allah ular tersebut cari jalan keluar dari dapur.

@Al-Fath: Ayt yg di bca tu bkn doa nabi sulaiman tp utusan surat dari putri balqis kpd nabi sulaiman xslp sy..blh rujuk vdeo UAS

@Sakinah: sy selalu amlkan ayat nie setiap pagi nak g kje dan balik kje..bila nak masak pon sy amalkan ayat ni

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram