Home Video Disangkakan Pelanggan Cari Pekerja Nama ‘Zairah’, Sekali Responnya Buat Ramai Yang Berdekah

Disangkakan Pelanggan Cari Pekerja Nama ‘Zairah’, Sekali Responnya Buat Ramai Yang Berdekah

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok danielllsz._, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang bekerja sebagai ‘customer service’ di bahagian kaunter hadapan, telah mendapat seorang pelanggan yang bertanyakan mengenai sejadah. Namun yang didengar pula lain, dikatakan wanita ini mendengar seperti pelanggan tersebut bertanyakan seorang lagi pekerja yang bernama ‘Zai’.

Reaksi mereka ini juga yang menahan ketawa telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Screenshot 2023 10 04 151118
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi mereka yang digelar sebagai ‘silent laugh’ sememangnya membuatkan orang ramai terhibur melihat gelagatnya yang secara spontan dan selamba. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami masalah pendengaran ketika pelanggan bertanyakan sesuatu dan keadaan itu juga bertukar menjadi lucu.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 344K penonton, 16.1K sukaan dan 722 komen.

Baca lagi: Pelanggan Tak Nak Beli, Tindakan Warga Asing Ini Jual Kain Batik Rumah Ke Rumah Buat Ramai Bengang

Baca lagi: “Sebab Tu Orang Cakap, Jangan Seronok Sangat” -Kawan Hampir Lemas, Reaksi Wanita Ini Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi mereka selepas pelanggan itu beredar:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@wanwan: akuuuu pernah tersasul cakap “terima kasih so much”

@broccoli: nasib baik sorg lagi tu boleh lg becakap walopun dlm keadaan gelok, hahahhahahahahhahahahah

@sha: hmmm pernah cakap kt cust “you’re welcome” tapi cust tak ckp lg thankyou AHAHAHAHA

@W I L L F R E D: weiii aku pernah melatah nak sebut thank you dekat cust sekali tiba2 sebut goodnight sweetdream, cust tu pun balas take care sebab dia latah juga

@Amnadlissa : aku dulu duduk kedai makan roti canai abang tu tanya dik duduk mana aku jawab duduk ayer tawar , dia cakap eh meja mana dik, malu

@Zati: Pernah oneday buat cashier non stop pastu boleh tanya customer “nak bayar pakai plastik ke”

@Ina Eus: aku pernah nk naik moto…nk sebut Bismillah yg kluar dri mulut Assalamualaikum…laki aku pya la gelak

@Haini : faham dia mamai from sejadah to kak zai real quick,comel pangai ketawa oksigen tersemput²

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram