Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok misss._3, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana reaksi rakan-rakan ‘non muslim’ menjaga aurat wanita ini ketika berjalan sambil tertutup dengan kain serta dihalang oleh mereka agar auratnya tidak terdedah dan terlihat. Dikatakan rakan-rakannya ini sering menjaga aurat mereka dan selalu bertanyakan jika mereka sudah solat ataupun belum.
Oleh itu, video klip ini berjaya menarik perhatian para penonton dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan rakan-rakannya itu buat mereka berasa terharu dan mereka sememangnya rakan yang baik. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga mendapat rakan sebegini serta menjaga auratnya dan sering bertanya jika mereka sudah solat ataupun belum.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 86.2K penonton, 3173 sukaan dan 31 komen.
Baca lagi: Wanita Trauma Diekori Lelaki Hingga Ke Surau, Siap Pakai Jubah Dan Purdah
Lihat klip durasi pendek reaksi rakan-rakannya ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@choyhere: member non muslim aku selalu ingatkan bila masuk waktu solat
@Ainwon: betui laa tu mbe aku siap ceramahkan aku untuk solat nanti susah masuk syurga
@aiesah: haritu kannn HAHHAHAHA nnti aku cerita lawak siakkk
@i-Phang_soi: inilah dinamakan persahabtaan yg sejati…. saling menjaga then Moga kekal selamanya tau kalian
@Juan: Samalah kawan sya, Marlene Fernando, Chindian, kalau keluar dgn dia mesti dia tanya, ko dah sokat asar belum
@..: kwn dah penat support tpi ada imposter pula merakam kat belakang diorang
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram