Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok zupzappp, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang pemandu Grab sedang memandu dalam keadaan tangan bergetar-getar. Apa yang boleh dilihat dalam klip durasi pendek ini, pemandu Grab ini merupakan pesakit ‘Parkinson’ dan beliau masih bekerja sebagai perkhidmatan pengangkutan awam.
Video klip ini juga telah dirakam oleh salah seorang penumpangnya dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat keadaan pemandu Grab ini dalam kondisi tangannya yang bergetar-getar ketika memandu. Ada juga yang mendoakan semoga pakcik ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 267.7K penonton, 22.8K sukaan dan 767 komen.
Baca lagi: Tampal Duit Pada Baju Rider Grab, Tak Sangka Apa Yang Rider Grab Ini Lakukan Raih Perhatian
Baca lagi: Beri Ucapan Terakhir, Sekali Reaksi Guru Ini Dapat Pencen Pula Buat Ramai Terhibur
Lihat klip durasi pendek reaksi pakcik ini:
@zupzappp sedih 🥹#grab #pakcikgrabviral #sedih ♬ original sound – Luna karam لونا كرم
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@LEMONADE: arwah ayah saya drive mcm ni dulu. arwah saya parkinson’s disease
@isyah: saya kan kalau naik grab orang tua yg bawa serba salah tau sebab sepatutnya waktu tersebut mereka rehat dirumah, Allah
@Ichemaa: Penah dpt pakcik tua.. bg tip lebih x henti2 dia doakan
@6%: Ni klau aku yg naik ni mau nngis kat blkng sorang2 , tera dpt driver grab pakcik tua sihat lagi pun aku nngis trngat arwah abah dh tua pun still krja
@TUNED UP CLOSET: Allahuakbar sebak terus hati.. moga Allah permudahkan segala urusan pakcik ni..
@Syiee9430: aku dgn suami aku prnh Naik grab dpt pakcik mcm ni,aku dh tahan tisu kt tepi mata aku and laki aku pon tngok dia sedih je.bila byr,laki aku kasi
@LolitaBeuty: semoga pakcik diberikan kesihatn yg baik dan dipermudahkan urusan
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok