Home Video Guna ‘Ptptn’ Anak Sulung Untuk Sara Keluarga, Wanita Kongsi Cerita Rakan Terpaksa...

Guna ‘Ptptn’ Anak Sulung Untuk Sara Keluarga, Wanita Kongsi Cerita Rakan Terpaksa Tanggung Bapa Tak Bekerja

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nynabukater, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi cerita mengenai rakannya yang terpaksa menanggung keluarganya ketika belajar dahulu. Dikatakan rakannya itu sambung pelajaran kerana bapanya ingin mendapatkan ‘PTPTN’ anak untuk tanggung kesemua kos sara hidup mereka. Wanita ini juga berasa kasihan dan samakan kisah hidup rakannya itu dengan salah seorang selebriti Malaysia yang pernah tular di media sosial baru-baru ini.

Screenshot 2023 10 13 121033
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan kisah hidup rakannya ini sememangnya membuatkan orang ramai sebak apabila melihat nasib ‘anak sulung’ perempuan yang terpaksa berkorban untuk sara keluarga. Ada juga yang mengatakan tidak sangka reaksi si bapa yang sanggup melakukan perkara sebegitu kepada anak.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 987K penonton, 56.6K sukaan dan 1091 komen.

Baca lagi: Pihak Hospital Kembalikan Barang ‘Terakhir’ Arwah Pada Keluarga, Sekali Reaksi Si Bapa Pula Buat Netizen Sebak

Baca lagi: Berbasikal Masuk Ke Dalam Dewan Kuliah, Gelagat Pensyarah Ini Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@RidzuanRosli: isu shila amzah pulak banyak duit habis untuk family.dia menang asean wave pon berjuta sekali dia tak dpat oegang pon duit tu .haihh sedih weh

@nfz961: Jadi anak sulung perempuan ni sgt berat . Yg alami je faham . Semua beban nak letak ke bahu kita .

@Adina.mikael: Anak yg bagus nye dia, nanti ada anak . Anak dia mesti baik macam dia

@naziha: betull kdg ada family set dalam otak bila anak da besar kena balas jasa

@jueliyana: jadi anak sulung perempuan mmg kuat. dia la kakak dia la abang, dia juga ayah dan mak

@Syadeebab: Ramai je kt luar sana mak ayh guna kuasa veto n amik kesempatan kt ank guna ayt islamic utk bantu keluarga n adik bradik ni.

@ashuu_u: Ya Allah, ayah apa macam tu??! Ya Allah menjawablah ayah dia nanti sebab bab nafkah anak dan isteri tak lepas tuu

@iBu AiN: bleh kata,kbykn ank sulong perempuan mesti rse benda ni.sy start keje dr form2 sbb nk tlg family bli brg dapur.skrg struggle lwn anxiety n depression

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram