Home Video Tak Dpt Belikan Mainan Anak Kerana Sudah Berhenti Kerja, Situasi Ini Buat...

Tak Dpt Belikan Mainan Anak Kerana Sudah Berhenti Kerja, Situasi Ini Buat Ramai Yang Simpati

0

Masih lagi ibubapa di luar sana yang tidak dapat membelikan mainan untuk anak mereka atas desakan hidup yang terlalu menekan zaman kini.

Menerusi satu klip video yang tular baru-baru ini di akaun @hananahariss yang juga seorang ibu, dia dikatakan tidak mempunyai wang untuk membelikan mainan buat anak lelakinya itu kerana sudah berhenti kerja. Difahamkan ibu itu menangis kerana sedih melihat anaknya yang seperti memandang ke tingkat atas mainan dan sepertinya benar-benar mahukan mainan tersebut. Ibu tersebut turut meluahkan apa yang terbuku di ruang kapsyen video berkenaan.

Ko faham tak. Tak faham takpe. Sekarang ni aku elakkan pergi kedai kedai sebegini. Banyakkan duduk rumah..Doakan saya dapat kerja baru. Kalau tak dapat swasta, gomen pon ok.
Edited: Assalamualaikum. Video anak saya ni da jadi salah faham. Saya cuma curhat je sebagai ibu yang da tak bekerja tak dpt da belikan dia mcm mcm lagi. Sebab papa dia tegas no mainan. Sebab mainan eco dia pon da banyak tak dimainnya. Biasalah ibu ibu ni kalau da tak kerja rasa sedih kecewa. Video ni saya amik suka suka je nak send kat group belah keluarga saya. Suami saya masih mampu jaga kami. Last cerita kat video ni iman dapat je beli mainan. Nenek belikan. Tq nenek..time tu tak dan nak amik video dia.

Situasi tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata berasa simpati melihatkan adik tersebut malah ramai yang mahu membelikan adik tersebut mainan.

“anak kecil ni nak beli apa…meh saya tlg belikan..”

“Adik nak mainan apa tu ? Jom acik belikan..doakan acik dpt zuriat yaa”

Baca juga : Tinggal Sekejap Dalam Bilik, Reaksi Anak Pula Buat Ramai Tak Sangka

Baca juga : Biarkan Anak Di Depan Dobi, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Yang Bimbang

Lihat klip rakaman pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@muhammadhaziq : kenape laa aq x jumpa budak2 mcm nii bila g shooping..blh belanja

@Mey : sy slalu bwk p eco jaaa..bg ank pilih mainan dia nk .. klau diy ngeri ooo

@Mummyshaa : suri rumah lagi sedih xmampu langsung beli apa2 untuk anak sendiri

@NL : kecewa si ank,kecewa lagi prasaan seorang mak yg xdpt penuhi keinginan ank

@fifie : tu sebab walau sy sorang surirumah, sy gigih buat kuih2 antar kedai, untung tk banyak, tp alhamdulilah, anak nk ape dpt belikan walau mainan kedai eco

@nursalwani : sbb tu kalau sy takde duit..sy tk bawak anak g kedai..kadang² anak² tk meminta pun..tp hati sy yg sedih sbb tngk anak ddk tngk je

@erika : Sme la,mse kje dlu x yah fkir pon,suh anak plih nk apa,tp skrg sedih,x dpt nk tunaikn apa anak mnx

@miss swan : bawak pergi eco je sis. byk pilihan jugak. tak pun pegi pasar mlm amik yg 3 rm10 ( zmn skrg x thu ada lgi ke tak)

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram