Home Video Buat Keputusan Jaga Anak Bergilir-Gilir, Reaksi Anak Sulung Tahan Sebak Jadi Perhatian...

Buat Keputusan Jaga Anak Bergilir-Gilir, Reaksi Anak Sulung Tahan Sebak Jadi Perhatian Netizen

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok amira_nabilaa, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai anak sulungnya yang menahan sebak selepas dikatakan tidak mahu pergi ke rumah bapa kandungnya. Wanita ini mengatakan anaknya ini tidak pernah berkelakuan sebegini, dengan secara tiba-tiba sahaja beliau sebak dan ingin bersama ibunya.

Wanita ini turut mengatakan bahawa sebelum ini anaknya itu biasa sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi selepas bapa kandungnya bergilir-gilir untuk menjaga anak selepas berpisah. Namun beliau tidak menyangka selepas mendengar respon si anak yang ingin berjumpa nenek dan atuk serta ingin bersama dengan ibunya.

Screenshot 2023 10 15 191407
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi kanak-kanak ini sememangnya membuatkan para penonton sebak dan memahami perasaan seorang anak sulung yang terpaksa berkorban serta memendam perasaan selepas ibu bapa berpisah. Ada juga yang mendoakan semoga anaknya ini menjadi soleh dan soleh serta dipermudahkan segala urusannya.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 539.1K penonton, 13.3K sukaan dan 304 komen.

Baca lagi: Lepas Kahwin Wanita Lain, Alasan Pakcik Ini Nak Ceraikan Isteri Pertama Buat Ramai Tak Sangka

Baca lagi: Terpaksa Ulang-Alik Naik Motor Bawa Barang Berniaga, Sekali Ini Pula Yang Terjadi

Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ZA: guna kan kuasa veto kita sis. doa mak yg tak ada hijab. minta Allah okay kan hati dia.

@MazAndy: Jadi anak yg baik yer.. aunty x tau nk ckp apa.. kecik2 lg dh kena rasa mcm ni..

@ETON : anak sulung sentiasa memendam ..mcm anak sy..kalau terasa hati ke ade marah dia ke..dia ngis senyap2..kluar bilik tkde airmate tpi mate merah

@sywnezmr: Sedihnya, mak ayah diuji bila tak sehaluan, anak2 pulak diuji kena memilih antara mak & ayah. Saya dah rasa semua tu.

@sum4yy4h: menangis mcm ne tanpa memberontak tu tandanya anak makan dalam…takut ke depan dia simpan dalam hati…kesiannya..

@-nik hani.. : Takutnya kalau anak melalui fasa mcm ni. Allahuakbar mtk jauh sgt. Smoga adik jg diri baik2 yea. Dan kena jd kuat.

@@a.ayuni: Dulu mcm ni. Sekarang alhamdulillah. Anak2 dgn saya . Dah besaq pjg pun. Anak2 yg ada kisah hidup sendiri,Allah Bg mereka kekuatan yg luar biasa .

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram