Strong Girl Nam Soon (2023) telah ditayangkan sebanyak empat episod sejak tayangan perdana pada 7 Oktober lalu.
Mendapat rating tinggi, Strong Girl Nam Soon menceritakan tentang kisah seorang gadis dengan kuasa luar biasa yang bernama Kang Nam Soon (Lee Yoo-mi).
Membawa genre komedi romantik, Strong Girl Nam Soon ini juga mengangkat konflik yang cukup serius iaitu tentang tersebar secara meleluasa dadah jenis baru di Gangnam.
Kes penyiasatan dadah ini akan membuatkan Kang Hee Sik (Ong Seung Wu) dan Lee Yoo Mi (Nam Soon) bekerjasama membongkar kejahatan Ryu Shi Oh (Byeon Woo Seok)
Berikut adalah 5 fakta watak villain Ryu Shi Oh, watak yang disangka sebagai dalang disebalik kemunculan dadah jenis baru di Gangnam dalam drama Strong Girl Nam Soon di bawah ini!
1. Ryu Shi Oh disyaki sebagai dalang disebalik kemunculan dadah jenis baru di Gangnam
Merupakan watak villain dalam drama Strong Girl Nam Soon, watak Ryu Shi Oh dalam beberapa adegan kelihatan selalu berada di sebuah makmal dengan seseorang yang misteri yang sedang menguji dadah.
Wataknya memang masih misteri, namun watak ini adalah watak yang paling dicurigai oleh ramai penonton kerana gerak-geriknya yang sangat mencurigakan.
2. Ryu Shi Oh ada di tempat yang sama dengan tempat yang disyaki sebagai tempat penjualan dadah
Lapangan terbang Gangnam untuk penerbangan Mongolia-Korea Selatan disyaki sebagai tempat penjualan dadah jenis baru, Kang Hee-sik (Ong Seung Wu) yang merupakan anggota pasukan penyiasatan kes dadah bergegas ke lapangan terbang tersebut.
Selepas memeriksa barangan yang dibawa para penumpang yang menaiki penerbangan Mongolia-Korea Selatan itu, Kang Hee-sik tidak menemui petunjuk apapun, tetapi anehnya Ryu Shi Oh juga berada di lapangan terbang yang sama sewaktu Kang Hee Sik pergi untuk menyiasat kes dadah tersebut, apakah cara yang digunakan oleh Ryu Shi Oh untuk mengaburi mata pihak polis?
3. Ryu Shi Oh disyaki mencipta dadah jenis baru dalam bentuk topeng muka
Dalam beberapa babak, Ryu Shi Oh beberapa kali tertangkap sedang berada dalam sebuah makmal ujian dadah bersama seorang penyelidik yang sedang mencipta dadah sintetik jenis baru, yang dikemaskan dalam bentuk sebuah topeng muka. Dalam adegan tersebut terdapat sebuah dialog bahawa dadah yang sedang dicipta Ryu Shi Oh ini akan menjadi dadah dengan kesan paling maksima yang boleh membawa maut kerana hanya memerlukan 0.002 gram untuk meragut nyawa seseorang, dadah jenis baru ini membuatkan para penagih dadah tidak boleh makan.
4. Ryu Shi Oh memperkenalkan dirinya sebagai CEO Syarikat Doogo
Dalam tayangan episod perdana pada 7 Oktober lalu, karakter villain Ryu Shi Oh (Byeon Woo Seok) masih digambarkan secara samar. Wataknya menjadi sangat misteri kerana latar belakangnya yang tidak diceritakan dengan jelas.
Namun, pada tayangan episod tiga, watak Ryu Shi Oh mula dikenalkan sebagai CEO syarikat pengeluar elektronik, Doogo. Ryu Shi Oh berbincang dengan Hwang Geum-joo (Kim Jung-eun) yang merupakan ibu Nam Soon yang juga sedang menyiasat kes dadah di Gangnam.
5. Ryu Shi Oh dikenali sebagai konglomerat baru, yang berjaya meraih kejayaan di usia muda
Pada tayangan episod tiga, terdapat sebuah adegan di mana Hwang Geum Jo berada di sebuah bar yang sama dengan Ryu Si Oh, kedua-duanya dikenalkan oleh seorang wanita. Terlibat dalam beberapa perbincangan, mula terungkap bahawa Ryu Shi Oh adalah seorang konglomerat baru, yang mendapat kejayaan dengan usaha sendiri dan bukan kerana lahir dari keluarga yang kaya raya.
Drama Strong Girl Nam Soon berjaya menarik perhatian dari para peminat drama genre komedi romantik, drama yang menampilkan gandingan antara Lee Yoo Mi dan Ong Seung Wu ini menampilkan banyak adegan menghiburkan!
Drama yang berjumlah 16 episod ini ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad di Netflix! Pastikan anda tidak terlepas dari menonton episod seterusnya minggu ini ya!