Home Entertainment Kdrama 2023: 12 Kisah Cinta Tiga Segi

Kdrama 2023: 12 Kisah Cinta Tiga Segi

0

Kdrama The Worst of Evil sedang ditayangkan dengan menceritakan kisah pegawai polis yang bernama Park Joon Mo (Ji Chang Wook) yang menyamar ke dalam organisasi jenayah untuk mengintip kartel dadah.

Dia bertemu ketua sindiket iaitu Jung Gi Cheol (Wi Ha Joon) yang rupa-rupanya merupakan cinta pertama isterinya. Kedua-duanya terjerat dengan cinta tiga segi yang rumit dan berbahaya.

Cinta tiga segi tersebut membuatkan para penonton terbahagi menjadi 2 kumpulan nampaknya. Ada yang menyokong Park Joon Mo, namun ada juga yang berharap Jung Gi Cheol dapat kembali bersama cinta pertamanya.

Beberapa buah Kdrama 2023 tampil dengan tema cinta tiga segi yang membuatkan para penonton semakin bersemangat untuk menonton. Mereka menyokong watak pilihan mereka untuk mendapat cinta yang didambakan.

 

 

Kdrama1. Sewaktu menyiasat kartel dadah, Park Joon Mo (Ji Chang Wook) bertemu cinta pertama isterinya iaitu Jung Gi Cheol (Wi Ha Joon) dalam The Worst of Evil

 

e65fce22 ad6a 462a 835e 0b3b5443a9732. Merupakan rakan sekelas, Kim Bong Seok (Lee Jeong Ha) dan Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon) suka pada gadis yang sama yang baru sahaja pindah ke sekolah mereka dalam Moving

 

286e71e5 7aa3 40b0 b640 490417e762123. Hubungan Jang Shin Yu (Ro Woon) dan Kwon Jae Gyeong (Ha Joon) semakin memburuk selepas terjerat dengan cinta tiga segi dalam Kdrama Destined with You

 

7e8a3c9a 572e 41eb a525 f2fc14a56a1b4. Kim Do Ha (Hwang Min Hyun) bersaing dengan Lee Gang Min (Seo Ji Hoon) bekas kekasih pujaan hatinya dalam Kdrama My Lovely Liar

 

b80eae58 269c 4385 b17c 9a1a5a16f1725. Kisahnya sedih kerana dianggap sebagai pembunuh, Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) menyukai gadis yang sama dengan Kim Seon Woo (Suho) dalam Behind Your Touch

 

8845b078 a99a 4658 9d03 b1377e5414236. Walau terjerat cinta tiga segi, Lee Sun Jae (Lee Chae Min) dan Seo Geon Hu (Lee Min Jae) tetap bersaing dengan adil dalam Crash Course in Romance

 

d55c0241 64d4 49c8 8ae1 b1875be0b25c7. Pada mulanya curang dan mengabaikan tanggung jawab, Seo In Ho (Kim Byung Chul) tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya disukai oleh rakan sekerja iaitu Roy Kim (Min Woo Hyuk), dalam Doctor Cha

 

2d6edb69 3c64 4018 8e29 2c8432f3e20f

8. Walau menyukai gadis yang sama, Jin Ho Gae (Kim Rae Won) dan Bong Do Jin (Son Ho Jun) bekerjasama untuk menyiasat kes jenayah dalam The First Responders 2

 

eda3f343 2d36 4c0a 8108 d4712f0e44a69. Kim Chi Yeol (Kim Ki Hae) dan Do Soo Chul (Kim Min Chul) masing-masing melindungi pujaan hati mereka dari makhluk asing ungu dalam Duty After School

 

5f81ec72 7697 4b4f 9d78 7451e8ecfa9d10. Sama dengan Kang Han Soo (Woo Do Hwan) dan Yoo Ji Sun (Cha Hak Yeon) dalam Joseon Attorney. Mereka mengutamakan kebahagiaan pujaan hati mereka!

 

20b77c29 1374 49ea b346 595bc270bd4d11. Persahabatan Jo Eun Kang (Seo Ji Hye) dan Han Ba Da (Hong Soo Hyun) hancur kerana mereka saling berebut jejaka yang sama dalam Kdrama Red Balloon

 

d4c28d83 a084 44ba be6e 0b71041db4b712. Dalam Kdrama The Secret Romantic Guesthouse, Kang San (Ryeoun) dan Jung Yoo Ha (Jung Gun Joo) bersaing dengan adil merebut pujaan hati

Kisah romantik dalam drama Korea memang berjaya membuat penonton terbuai-buai bahagia. Kisah cinta tiga segi tidak kurang hebatnya membuatkan emosi dan perasaan penonton berkecamuk membuat pilihan untuk watak pasangan kegemaran mereka! Anda juga begitu bukan?

Baca lagi: 9 Kdrama 2023 dengan Jalan Cerita Garis Masa Berbeza, Masa Lalu dan Masa Kini Saling Berhubung
Baca juga: 12 Kdrama Episod Pendek dengan Rating Tinggi