Home Entertainment 5 Kdrama tentang Jenayah Remaja, Terbaru “The Deal”

5 Kdrama tentang Jenayah Remaja, Terbaru “The Deal”

0

Kdrama siri dari Korea Selatan sering menampilkan pelbagai genre menarik sebagai pilihan para penonton. Bermula dari cerita orang dewasa hingga kepada cerita para remaja coming of age yang pastinya sangat menarik dan berbaloi untuk diikuti.

Kdrama yang ditampilkan juga tidak semestinya tentang percintaan semata-mata, banyak juga Kdrama remaja yang mengusung tema kejahatan atau jenayah serius.

Beberapa buah Kdrama yang mengangkat tema jenayah remaja turut membahas isu-isu sosial yang banyak terjadi dalam masyarakat.

Paling terbaru adalah Kdrama lakonan Yoo Seung Ho The Deal, berikut adalah lima buah Kdrama siri tentang jenayah remaja yang mungkin menarik minat anda.

 

1. Beautiful World (2019)

02c51a5d 96cf 4447 893e df0a990581d6Park Sun Ho (Nam Da-reum) menjadi mangsa kekerasan di sekolahnya. Dia kemudian koma dan berjuang di antara hidup dan mati selepas dibuli dan dicederakan di sekolah. Keluarga Sun Ho berjuang mencari keadilan demi anak lelaki mereka yang sedang koma.

Adik perempuan Sun Ho, Park Soo Ho (Kim Hwan Hee), yang bersekolah di sekolah yang sama juga berusaha merungkai kebenaran di sebalik serangan kekerasan yang menimpa abangnya. Semua pesalah memilih untuk berdiam diri, dan perjuangan keluarga Sun Ho mencari keadilan pastinya dipenuhi banyak dugaan. Keluarga pesalah juga cuba untuk menutup peristiwa yang terjadi pada waktu itu.

 

2. Class of Lies (2019)

ab560d88 f5f0 4b71 b41f 7e4ef4f7abeePeguam ternama di Korea, Kim Moon Hyeok (Yoon Kyung San) mendapat tugas untuk menyelesaikan kes pembunuhan di sebuah sekolah elite. Tugas ini diberikan oleh pentadbir sekolah bagi memperbaiki status mereka di mata orang ramai. Moon Hyeok memang sebelum ini sudah biasa menangani kes untuk golongan vip dan kelas atasan.

Walaupun fokus awal kes yang ingin dirungkai adalah pembunuhan yang dilakukan salah seorang pelajar, namun Moon Hyeok menemui rahsia lain tentang sekolah tersebut. Bermula dari jual beli keputusan markah, buli dan juga pelacuran di kalangan pelajar. Moon Hyeok juga bertemu dengan Ha So Hyun (Keum Sae Rok), guru yang sangat prihatin terhadap murid-muridnya. Mereka akhirnya bekerjasama untuk membongkar apakah yang sebenarnya terjadi di sekolah tersebut.

 

3. Extracurricular (2020)

3b2d628d 1877 48ce 8215 1d5e97d66e0dOh Ji Soo (Kim Dong Hee) adalah seorang pelajar berprestasi yang ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Untuk meneruskan hidup, Ji Soo perlu bekerja dalam bidang pemerdagangan seks. Dalam perniagaan haram tersebut, dia dibantu oleh seorang rakan yang bernama Mr. Lee. Ji Soo bertugas untuk menghantar dan menjemput pekerja seks untuk menemui pelanggan.

Selama ini tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang pekerjaan haram Ji Soo. Hingga suatu hari Ji Soo yang sedang bertemu kawannya di sebuah kafe tiba-tiba mendapat panggilan meminta tolong dari rakan sekerjanya yang bernama Min Hee (Jung Da Bin) yang ternyata rakan sekelas Ji Soo.

 

4. Juvenile Justice (2022)

KdramaShim Eun Seok (Kim Hye Soo) merupakan seorang hakim yang dingin dan sangat benci dengan kenakalan remaja kerana dulu dia pernah menjadi mangsa kenakalan remaja. Hakim Eun Seok bersama dengan rakannya Hakim Cha Tae Joo (Kim Mu Yeol) berusaha menyelesaikan berbagai-bagai kes kejahatan remaja yang menjadi sorotan di Korea Selatan.

 

5. The Deal (2023)

a55810a8 9667 42ab a7d5 c3e6a61aa7edLee Jun Seong (Yoo Seung Ho) merupakan seorang bekas atlet bola sepak semasa di sekolah menengah. Dia memiliki kebolehan yang luar biasa dalam bidang sukan bola sepak. Jun Seong bahkan dikatakan bakal menjadi pemain pasukan kebangsaan Korea Selatan dalam beberapa tahun akan datang. Sayangnya, perkara itu tidak lagi menjadi impian Jun Seong kerana satu sebab yang tidak dapat dielakkan. Hidupnya yang bermula cemerlang, berubah menjadi kacau bilau.

Suatu hari Jun Seong bertemu dengan kawan sekolahnya dulu, Song Jae Hyo (Kim Dong Hwi), yang kini sedang melanjutkan pelajaran di sekolah perubatan. Jae Hyo sedang mengalami krisis iaitu dia terpalit dengan hutang yang banyak.

Jae Hyo pun mengajak Jun Seong untuk menculik Park Min Woo (Yoo Soo Bin), salah seorang kawan sekolah mereka dulu yang merupakan anak tunggal dari keluarga kaya raya. Mereka meminta wang tebusan sebanyak 10 billion won daripada kedua ibu bapa Min Woo.

Kehidupan remaja memang kadang-kadang cukup pelik, banyak rintangan yang perlu mereka hadapi semasa peralihan menuju ke usia dewasa.

Baca lagi: Kdrama 2023: 12 Kisah Cinta Tiga Segi
Baca juga: Strong Girl Nam Soon: 5 Fakta Watak Villain Ryu Shi Oh