Home Kdrama/Kmovie The Kidnapping Day: 8 Nasib Malang Kim Myeong Jun, Watak Ceria Tapi...

The Kidnapping Day: 8 Nasib Malang Kim Myeong Jun, Watak Ceria Tapi Penuh Derita

0

Watak Kim Myeong Jun (Yoon Kye-sang) dalam The Kidnapping Day merupakan watak seorang penculik yang sangat berbeza dari penculik kejam yang biasa dipaparkan dalam drama atau filem.

Dalam “The Kidnapping Day”, Myeong Jun mempunyai sifat yang penuh komedi dan sering mengundang gelak tawa. Dia juga baik hati dan cepat berubah menjadi malaikat penyayang buat Choi Ro Hee (Yu Na), gadis kecil yang diculiknya. Selalu sahaja Myeong Jun mengorbankan dirinya hingga mengalami kecederaan demi melindungi Choi Ro Hee.

Disebalik sifat gila-gila yang ditonjolkan, Myeong Jun ternyata mengalami berbagai-bagai nasib malang yang membuatnya selalu merasa putus asa dan tidak berdaya. Tertanya-tanya bukan? Berikut ulasannya!

 

The kidnapping day 1. Kim Myeong Jun tidak mempunyai keluarga. Dahulu dia tinggal dan membesar di rumah jagaan anak yatim

 

d75ccdd8 e9f4 4c59 97a2 1074645755622. Dia mendirikan rumah tangga dengan Seo Hye Eun (Kim Shin Rok), kawannya di rumah jagaan anak yatim. Namun, tiga tahun sebelum ini isterinya telah keluar dari rumah dan menghilangkan diri

 

 

5674dddb bcca 4004 a265 8930fdc2cca93. Kim Hee Ae (Choi Eun Woo), anak perempuan Myeong Jun pula menderita penyakit leukimia dan perlu menjalani pembedahan. Myeong Jun mempunyai kesukaran untuk membayar bil hospital kerana dia tidak cukup wang

 

 

63e8af35 cd90 4c8a 8b1e c93ef3fe15b94. Secara tiba-tiba, isteri Myeong Jun yang telah lama hilang kembali muncul dengan membawa idea untuk melakukan penculikan. Myeong Jun terpaksa menjadi penculik untuk menyelamatkan anaknya

 

 

2d31fb1c 38b6 4357 91e1 8064b3d8b5675. Sewaktu ingin meminta wang tebusan, ibu bapa Choi Ro Hee telah meninggal dunia kerana dibunuh dengan sangat kejam. Myeong Jun putus asa kerana dia kini sudah bergelar penculik dan tidak dapat meminta wang tebusan

 

 

c1251693 28ca 4046 97f2 b25425fa24716. Myeong Jun menjadi buruan pihak polis. Bukan hanya kes penculikan, dia juga disyaki sebagai suspek utama kes pembunuhan ibu bapa Choi Ro Hee

 

 

95b9a17b 50f1 49ef b3b7 6559675919147. Selain itu, Myeong Jun tahu tentang penyelidikan yang menggunakan Choi Ro Hee sebagai subjek utama. Dia kini berhadapan dengan bahaya

 

 

9e65bd5a 3833 4c92 87ca 7643250ee3d3 1

8. Myeong Jun juga tidak boleh menemui anak perempuannya yang sakit. Dia perlu melarikan diri kerana diburu oleh pihak polis serta penjahat yang mengancam nyawanya
Kim Myeong Jun pada awalnya terpaksa menculik Choi Ro Hee kerana ingin mendapatkan wang untuk membayar bil hospital anaknya. Sayangnya, Myeong Jun menghadapi berbagai-bagai masalah baru.

Dia juga perlu melindungi Ro Hee yang diculiknya dengan sehabis tenaga dari ancaman pihak penjahat. Anda rasa Kim Myeong Jun boleh mendapat pengakhiran yang baik atau tidak dalam drama siri “The Kidnapping Day” ini?

Jangan lupa untuk mengikuti 3 episod terakhir The Kidnapping Day di Prime Video pada Rabu dan khamis ini dan Rabu hadapan untuk episod akhirnya.

Baca lagi: 7 Misteri The Kidnapping Day yang Terjawab di Episod 5-6
Baca juga: 5 Kdrama tentang Jenayah Remaja, Terbaru “The Deal”