The Killing Vote ialah siri televisyen Korea Selatan yang sedang dibintangi oleh Park Hae-jin, Park Sung-woong dan Lim Ji-yeon. Ia berdasarkan webtoon popular dengan tajuk Korea yang sama bersiri di Kakao Webtoon dan KakaoPage. Ia ditayangkan pada 10 Ogos 2023, dan disiarkan di SBS TV setiap Khamis dan juga tersedia untuk penstriman di Amazon Prime Video.
Misteri tentang watak Gaetal dalam drama siri The Killing Vote sangat sukar untuk dipecahkan dan dihuraikan.
Dalam drama The Killing Vote, Gaetal seorang yang tidak dikenali dalam topeng anjing, menjalankan keadilannya sendiri terhadap penjenayah kejam. Dia mengadakan tinjauan, dipanggil undi membunuh, untuk menentukan sama ada penjenayah layak dihukum mati dan melaksanakan hukuman mereka berdasarkan keputusan.
Beberapa watak dalam The Killing Vote ini memang menjadi sasaran kecurigaan para penonton setia Kdrama ini, mereka dianggap sebagai Gaetal kerana beberapa sebab yang dipercayai. Namun, setiap andaian tidak dapat dibuktikan dengan pasti.
Baru sahaja diketahui bahawa Gaetal tidak menjalankan aksinya sendirian. Sosok yang dikenali sebagai Gaetal ini ternyata dibantu oleh beberapa orang individu yang membentuk organisasi penyokong Gaetal.
Jom sama-sama kita lihat tujuh fakta menarik berkaitan organisasi Gaetal seperti yang berikut ini!
1. Anggota organisasi Gaetal terdiri dari individu yang memberi sokongan supaya para penjahat dan penjenayah kejam yang tidak mendapat hukuman setimpal di muka pengadilan diberi hukuman mati
2. Anggota organisasi tersebut semuanya saling merahasiakan identiti mereka dari yang anggota yang lain. Mereka sememangnya tidak mengenali antara satu sama lain
3. Mereka akan mengadakan pertemuan rahsia untuk menjalankan aksi mereka di suatu tempat dengan masing-masing mengenakan topeng anjing
4. Di perjumpaan tersebut mereka akan berbincang tentang siapakah penjahat dan penjenayah kejam yang akan dikenakan hukuman mati sebelum mereka mengeluarkan pilihan undian kepada masyarakat
5. Setiap anggota organisasi Gaetal menamakan diri mereka dengan angka. Mereka memanggil ketua organisasi mereka dengan nama gelaran Gaetal Nombor Satu
6. Sebagai ketua organisasi, Gaetal Nombor Satu sangat disegani dan dihormati oleh setiap ahli organisasi. Watak misteri inilah yang mengatur segala strategi dan merupakan dalang disebalik semua aksi dan hukuman mati
7. Dana dan sumber kewangan organisasi ini diperolehi dari setiap anggota organisasi yang memang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan cukup besar sebagai organisasi swasta
Penubuhan dan pembentukan organisasi Gaetal ini bukan dilakukan secara suka-suka tanpa sebarang alasan dan sebab musabab yang kukuh, setiap anggota organisasi ingin membuka mata kerajaan dan pihak berkuasa yang dianggap memandang remeh isu jenayah dan memberi layanan istimewa serta hukuman ringan terhadap para penjenayah jahat yang kejam.
Namun, secara moral, segala usaha dan perkara yang dilakukan oleh mereka adalah dianggap salah kerana membuat undang-undang sendiri dan membunuh. Adakah organisasi ini akan berjaya dibanteras nanti?