Home Artis Korea 31 Kdrama Tentang Kecurangan, Penuh Emosi

31 Kdrama Tentang Kecurangan, Penuh Emosi

0

Masih ingatkah anda Kdrama “The World of the Married” yang pernah hits ketika tayangannya dulu? Sehingga kini pun, ia masih menjadi sebahagian Kdrama tentang kecurangan yang paling banyak diminati.

Kdrama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri, di mana Lee Tae-oh berlaku curang, dan isterinya, Ji Sun-woo memutuskan untuk membalas dendam.

Kisah pengkhianatan cinta dalam drama Korea sering berakhir tragis. Jadi, jika anda masih tertarik dengan tema dan genre seperti ini, berikut ini adalah beberapa saranan Kdrama lain yang pastinya menguras emosi ketika menontonnya.

 

1. Temptation of Wife (2008)

IMG 9040

Salah satu Kdrama klasik tentang kecurangan pasangan. “Temptation of Wife” tayang pada 3 November 2008, terdiri daripada 129 episod dengan durasi 35 minit bagi setiap episodnya.

Ku Eun-Jae (Jang Seo-Hee), seorang wanita yang hampir terbunuh oleh suaminya Jung Kyo-Bin (Byeon Woo-Min), yang berlaku curang dengan Shin Ae-ri (Kim Seo-hyung). Kyo-Bin percaya bahawa Goo Eun-Jae telah meninggal dunia, tetapi dia merasa hairan apabila bertemu dengan wanita yang terlihat sama dengan bekas isterinya, bezanya mereka mempunyai sifat peribadi yang berlainan. Maka Eun-jae pun mula melakukan pembalasan dendam.

 

2. Secret Affair (2014)

IMG 9041

Kdrama “Secret Affair” menceritakan kisah percintaan terlarang antara Oh Hye-Won (Kim Hee-Ae), wanita berusia 40-an, dan Lee Sun-Jae (Yoo Ah-In), seorang jejaka berusia 20-an.

Oh Hye-Won, seorang isteri yang tampil elegan dan bijak dalam berurusan dengan orang lain, bekerja sebagai Director Perancang untuk Seohan Arts Foundation. Hye-Won terlibat dalam hubungan cinta dengan Lee Sun-Jae, seorang pianis genius.

 

3. I Have a Lover (2015)

IMG 9042Kdrama ini tentang perlakuan curang dan penyondol yang tidak ingin kalah dalam hubungannya. Drama yang sangat menegangkan ini terdiri dari 50 episod.

Do Hae-gang (Kim Hyun-joo) adalah seorang peguam yang berjaya dan bercita-cita tinggi dan suaminya, Choi Jin-eon (Ji Jin-hee), tetapi mempunyai masalah dalam hubungan rumahtangga mereka. Jin-eon mula berlalu curang dengan seorang gadis yang jauh lebih muda, Seol-ri (Park Han-byul). Setelah pasangan itu bercerai, Hae-gang mengalami kemalangan kereta seolah telah dirancang dan kehilangan ingatannya.

 

4. Tower of Babel (2019)

IMG 9043Cha Woo-Hyuk (Park Si-Hoo) adalah seorang pelajar undang-undang, yang akan melakukan apa saja untuk membalas dendam. Dia bertemu aktress yang sudah berkahwin, Han Jung-Won (Jang Hee-Jin), dan jatuh cinta padanya.

Suami Han Jung-Won adalah anak lelaki dari keluarga chaebol. Masalah bertambah rumit ketika Woo-Hyuk disyaki dalam pembunuhan suaminya.

 

5. On The Way to The Airport (2016)

IMG 9044

Choi Soo Ah (Kim Ha Neul) adalah seorang pramugari veteran Air Asia yang telah berkahwin dengan pilot veteran Park Jin Seok (Shin Sung Rok). Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Park Hyo Eun (Kim Hwan Hee) yang sudah meningkat remaja dan sedang belajar di Malaysia.

Soo Ah sering merasa kesepian tetapi dia tetap puas dengan kehidupan yang dia miliki sekarang. Namun, dia tidak mengetahui tabiat si suami yang suka “out station” dan menjalinkan hubungan gelap “one night stand” dengan setiap pramugari yang dia kenal di setiap lokasi.

Suatu hari terjadi satu tragedi besar yang mengharuskan Soo Ah untuk pergi ke Malaysia menjemput anak perempuannya. Dalam satu penerbangan yang sama, Soo Ah telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Seo Do Woo (Lee Sang Yoon). Keadaan pun semakin rumit setelah itu.

 

6. VIP

IMG 9045

Kdrama yang penuh misteri serta konflik rumahtangga dan persahabatan ini adalah tentang sepasang suami isteri ideal, Na Jung Sun (Jang Na-ra) dan Park Sung Joon (Lee Sang-yoon) yang bekerja di sebuah syarikat yang sama iaitu Sung Un Department Store di unit yang menguruskan pelanggan VIP.

Dalam unit ini, Sung Joon adalah orang atasan Jung Sun. Selain mereka berdua, unit ini juga dimonopoli beberapa pekerja wanita lain. Suatu hari, Jung Sun telah menerima pesanan sms yang tidak diketahui pengirimnya dan memberitahunya yang suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang rakan sepejabatnya.

Sejak itu, dia sentiasa merasa tidak selesa dan tenang. Dia mula mencurigai suaminya dan semua rakan-rakan sepejabatnya. Namun siapakah di antara mereka yang menjalinkan hubungan sulit itu dengan suaminya??

 

7. A Word of Warm Heart (2014)

IMG 9046Kdrama ini menceritakan tentang Song Mi-kyung (Kim Ji-soo), seorang isteri yang memiliki kehidupan keluarga yang sangat bahagia. Memiliki suami yang tampan dan sukses membuatkan hampir semua temannya cemburu kepadanya.

Suatu hari, Song Mi-kyung secara tidak sengaja menemukan fakta bahawa suami tercintanya berlaku curang dengan wanita lain. Seorang wanita yang sudah berkahwin. Hal itu menyebabkan rumahtangga mereka menemui kehancuran.

 

8. The Hymn of Death (2018)

IMG 9047

The Hymn of Death merupakan cerita yang berdasarkan dari kisah benar pada tahun 1920-an.

Cinta terlarang ini dimulai dengan pertemuan Kim Woo-jin (Lee Jong-suk) dan Sim Deok (Shin Hye-sun) di teater. Mereka mulai jatuh cinta. Faktanya, Kim Woo-jin terpaksa berkahwin dengan seorang wanita yang dipilih oleh ayahnya tetapi dia tidak mencintainya.

Bagi Kim Woo-jin, Sim Deok adalah orang yang paling memahami dirinya dan selalu menjadi pendorong apa yang dia suka. Namun, kisah cinta terlarang ini berakhir tragis.

 

9. One Spring Night (2019)

IMG 9048

Kdrama ini tentang Kwon Gi-seok (Kim Jun-han) dan Lee Jeong-in (Han Ji-min) yang telah bercinta selama 4 tahun. Tetapi ketika Kwon Gi-seok mula berbicara tentang perkahwinan, Lee Jeong-in pun merasa ragu-ragu dengan cintanya.

Ketika Lee Jeong-in ingin memutuskan hubungannya dengan Kwon Gi-seok, dia bertemu dengan Yoo Ji-ho yang bekerja sebagai ahli farmasi tempat Lee Jeong-in membeli ubat. Pada pertemuan pertama mereka, Yoo Ji-ho jatuh cinta pada pandangan pertama.

Dia tidak pernah jatuh cinta sejak dia ditinggalkan oleh bekas kekasihnya yang menghilang dan meninggalkannya. Kisah cinta Lee Jeong-in dan Yoo Ji-ho bermula setelah dia putus dengan Kwon Gi-seok.
Lee Jeong-in memang tidak berlaku curang, namun Kwon Gi-seok masih menyimpan perasaan dan terus berusaha memperbaiki hubungannya walaupun dia tahu Lee Jeong-in bersama Yoo Ji-ho.

 

10. Cheat On Me If You Can

IMG 9049

Sarat dengan plot dan twist yang cukup menarik! Ditambah dengan kepelbagaian elemen genre yang membuatkan Kdrama ini tidak bosan dari permulaan hingga akhir episod!

Kang Yeo-joo (Yeo Jeong-cho) adalah seorang penulis novel misteri terkenal dan banyak menghabiskan waktu sehari-harinya untuk mencari inspirasi dan memikirkan cara membunuh lelaki yang berlaku curang bagi melengkapkan novelnya.

Suaminya, Han Woo-sung (Go Jun) seorang peguam terkenal dalam menangani kes-kes perceraian rumahtangga. Dia juga menjadi ikon yang sering dipuji, dipuja oleh wanita-wanita lain sebagai lelaki/suami idaman.

Ketika mereka berkahwin dulu, Kang telah membuat satu perjanjian bersama suaminya yang bertulis “JIKA KAMU CURANG, KAMU AKAN MAT!!”. Namun, dapatkah Woo-sung memegang janjinya? Menjadi suami mithali yang sentiasa jujur dan setia kepada isterinya??

 

11. Dr. Cha (2023)

IMG 9185

Doctor Cha mengisahkan Cha Jung Sook (Uhm Jung Hwa) yang berkahwin dengan Seo In Ho (Kim Byung Chul).

Diceritakan bahwa Seo In Ho bekerja sebagai kepala ketua pakar bedah. Sedangkan isterinya Cha Jung Sook merupakan suri rumahtangga. Sebenarnya, Jung Sook merupakan seorang doktor. Namun setelah berkahwin, dia meninggalkan kerjayanya.

Namun di sisi lain, ternyata suaminya telah berlaku curang dengan rakan sekerja bernama Choi Seung Hi (Myung Se Bin). Bahkan, Choi Seung Hi sudah mempunyai anak yang seusia dengan anak perempuan Cha Jung Sook.

 

12. Red Balloon (2022)

IMG 9051

Kdrama yang mengisahkan tentang empat orang yang patah hati dan berusaha untuk memuaskan keinginan mereka.

Kisah mereka cukup rumit, dimana Jo Eun Kang bertindak sebagai orang ketiga dalam hubungan rumahtangga Go Cha Won dan Han Ba Da. Adik Jo Eun Kang, Jo Eun San juga melakukan hal yang sama, dia terlibat dalam hubungan gelap dengan Ji Nam Cheol yang sudah berkeluarga.

 

13. Show Window: Queen’s House (2021)

IMG 9052

Kisah skandal yang cukup menakutkan! Setelah memiliki harta dan kekayaan yang diberikan oleh suami orang, kini dia nekad kembali untuk memiliki suami orang untuk dirinya sendiri!!

Dalam Kdrama ini, si isteri (Soon Yoon-ah) menjadi mangsa kecurangan suaminya (Lee Sung-jae) sedangkan si isteri begitu cukup sempurna dan beri segalanya apa yang dia ada kepada suaminya dan sanggup bertekak dengan mak sendiri demi menjaga maruah si suami. Yang paling menyakitkan hati, wanita yang menjadi kawan baiknya itu malah dianggap seperti adik sendiri itulah rupanya adalah skandal kepada suaminya sendiri!

Maka bermulalah rancangan jahat skandal itu, menjadi “Silence Killer” kepada rumahtangga orang lain! Siapa yang akan memenangi pertarungan ini? Si isteri atau si skandal tak guna itu?

 

14. High Class (2021)

IMG 9053

High Class merupakan Kdrama yang menceritakan tentang wanita kaum kelas elit yang bergenre misteri dan thriller.

Song Yeo Wool (Cho Yeo Jeong), merupakan seorang wanita yang kehilangan suaminya, dan dituduh sebagai dalang atas kematian suaminya tersebut. Setelah kehilangan semuanya, dia juga menemukan fakta bahawa suaminya telah berlaku curang dan mempunyai anak dengan wanita lain.

 

15. Love (ft. Marriage and Divorce) (2021)

IMG 9054

Kdrama ini ada 3 musim dan sepatutnya ada musim ke 4 tetapi belum diketahui bila tayangannya.

Ini juga salah satu Kdrama tentang kecurangan suami yang berlaku kepada 3 individu wanita yang cukup trending pada tahun 2021.

Ketiga-ketiga wanita ini adalah rakan sekerja, mempunyai kerjaya dan kehidupan yang nampak sempurna pada zahirnya. Siapa sangka suami mereka bermain kayu tiga disaat mereka begitu leka dengan kerja mereka, malah mereka sendiri begitu menaruh kepercayaan penuh kepada suami mereka.

 

16. Mine (2021)

IMG 9055

Berikutnya ada Kdrama Mine yang memfokuskan kepada 2 wanita yang telah berkahwin tetapi dikeliling dengan segala permasalahan disekitarnya.

Seo Hee Soo (Lee Bo Young) adalah seorang aktress yang meninggalkan kariernya dan mendirikan rumahtangga dengan anak lelaki kedua dari keluarga chaebol.

Keluarga chaebol tersebut merupakan keluarga dari Group Hyowon yang terkenal di Korea. Hal tersebut membuatkan Hee Soo melakukan segalanya untuk menjadi yang terbaik agar dapat menyesuaikan diri sebagai menantu dalam keluarga tersebut.

Selain itu, ada Jung Seo Hyun (Kim Seo Hyung) yang berkahwin dengan anak sulung dari keluarga tersebut, yang menjadikan kedua wanita tersebut saudara ipar. Kehidupan kedua wanita tersebut mengalami pasang surut akibat kehadiran wanita lain yang ingin mengganggu kehidupan rumahtangga mereka.

 

17. Artificial City (2021)

IMG 9056

Artificial City merupakan Kdrama dengan genre misteri dan thriller. Kdrama ini bercerita tentang wanita bercita-cita tinggu yang bernama Yoon Jae Hee (Soo Ae), dan merupakan menantu perempuan kedua dari keluarga chaebol dari Group Sungjin.

Di masa lalu, dia mempunyai kekasih dan telah bersama selama bertahun-tahun, tetapi hubungan tersebut harus berakhir kerana perkahwinannya dengan Jung Joon Hyeok (Kim Kang Woo).

Yoon Jae-Hee ingin menjadikan suaminya sebagai presiden Korea Selatan. Untuk itu, dia mula menyusun rancangan untuk mendapatkan keinginannya tersebut, walaupun harus berkonflik dengan Group Sungjin.

 

18. My Dangerous Wife (2020)

IMG 9057

BIJAK, CANTIK, PSIKO, PERFECTIONIST, SETIA! Itulah gelaran yang selayaknya untuk watak si isteri yang menjadi mangsa kecurangan si suami yang sanggup merancang bersama skandalnya untuk membunuh isterinya dalam kdrama yang penuh dengan PLOT TWIST ini.

Namun si isteri bukanlah seorang wanita yang naif melainkan dia juga bijak dalam mengatur strategi untuk membalas dendam terhadap perbuatan suaminya.

 

19. The World of the Married (2020)

IMG 9058

Masihkah anda ingat dengan kisah Kdrama yang penuh dengan melodramatik tentang kisah skandal sang suami ini?

Dalam Kdrama ini kita disajikan bagaimana sebuah hubungan rumahtangga yang punah-ranah kerana orang ketiga.

Kdrama yang diadaptasikan dari drama “Doctor Foster (2015)” membawakan kita tentang kisah suami yang berlaku curang dan menzalimi si isteri sehingga membawa pembalasan dendam, pembvnvhan dan politik kerja.

 

20. The Penthouse (2020)

IMG 9059

Kdrama tentang kisah curang ini pula tidak sepenuhnya mengenai pengkhianatan cinta.

Dikisahkan Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang berkahwin dengan Ha Yoon Cheol (Yoon Jong Hoon). Keduanya memiliki anak perempuan remaja. Namun, Seo Jin menjalinkan hubungan gelap dengan Joo Dan Tae yang memiliki keperibadian licik.

 

21. Love Affairs in the Afternoon (2019)

IMG 9060

Kdrama ini diadaptasi dari drama Jepun bertajuk Hirugai: Love Affairs in the Afternoon.

Dikisahkan Son Je Un (Park Ha Sun) yang mengikut suaminya pindah ke kota kecil. Namun, dia merasa bosan dengan kehidupan di kota kecil itu. Di tengah-tengah kebosanannya, hadirlah Yoon Jung Woo (Lee Sang Yeob) yang menghibur hatinya.

 

22. The Last Empress (2018)

IMG 9061The Last Empress bercerita tentang raja Korea yang bernama Lee Hyuk (Shin Sung Rok) yang tampak ramah dan dicintai oleh masyarakat. Walhal, penampilan luarannya tersebut hanyalah sandiwara, demi menutup semua keburukannya.

Lee Hyuk, bersama ibunya Ratu Kang (Shin Eun Kyung), memiliki sifat yang sama-sama buruk, dan selalu bergaduh tentang warisan kerajaan. Lee Hyuk memiliki kekasih yang bernama Min Yoo Ra (Lee Elijah), pembantu peribadi Lee Hyuk yang bersifat serakah dan dibenci oleh Ratu Kang.

Suatu hari, Lee Hyuk dikahwinkan dengan Oh Sunny (Jang Nara), yang merupakan seorang aktress dengan tujuan untuk menggunakan wanita tersebut dalam menjalankan segala rancangan jahat yang telah dirancang oleh Ratu Kang.

 

 

23. Misty (2018)

IMG 9062

“Misty” ialah melodrama misteri yang disiarkan pada suku pertama 2018 mengenai seorang “anchorwoman” terkenal yang disyaki membunuh dan terpaksa mencari jalan untuk membersihkan namanya. Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, dan Lim Tae Kyung dipuji kerana persembahan mereka yang memberi kesan. Khususnya, “chemistry” diantara Kim Nam Joo dan Ji Jin Hee yang begitu menjiwai watak mereka masih menarik perhatian para penggemar drama ini sehingga hari ini!

 

24. Goodbye to Goodbye (2018)

IMG 9063

Kdrama ini mengisahkan Jung Hyo (Jo Bo Ah), seorang pelajar yang hamil anak luar nikah. Namun, sang kekasih tidak mahu bertanggungjawab. Jung Hyo akhirnya nekad datang ke rumah ibu kekasihnya itu. Menariknya, si Ibu tersebut mengizinkannya tinggal disana. Sejak tinggal dirumah itu, banyak rahsia rumahtangga yang dia dapat ungkap.

 

25. Ms. Perfect (2017)

IMG 9050

Kdrama ini dilakonkan oleh Ko So Young. Ko So Young sebagai Shim Jae Bok, seorang isteri yang harus menanggung keluarganya. Suaminya sendiri tidak bertanggungjawab, malah bermain kayu tiga walaupun sudah ketahuan berkali-kali.

 

26. The Lady in Dignity (2017)

IMG 9065

Mengisahkan seorang isteri yang tegas dan bijak menangani situasi disaat suaminya berlaku curang. Drama bertema makjang yang mengfokuskan kisah manusia yang tamak, dengki, konflik keluarga/rumahtangga sehingga berlaku pembunuhan.

Perebutan harta antara adik-beradik, scammer menyamar jadi orang gaji menggoda tuan rumah kerana ingin membolot harta, kawan makan kawan apabila suami/isteri kawan baik sendiri saling berlaku curang, suami yang mempunyai hubungan sulit dengan guru tuisyen anak sendiri, skandal yang nak runtuhkan rumahtangga, menjadi soroton kisah kdrama ini. Ia juga diselit babak-babak lawak, memang terhibur melayan walaupun ada banyak babak serius!

 

27. My Wife’s Having an Affair this Week (2016)

IMG 9066

Drama Korea tentang kecurangan ini berkisah tentang pasangan yang telah berkahwin selama 8 tahun. Do Hyun-woo (Lee Sung Kyun) sangat terpukul setelah mengetahui isterinya, Jung Soo Yeon (Song Ji Hyo) berlaku curang.

Drama ini merupakan remake dari drama Jepun dengan tajuk yang sama. Ini menggabungkan genre romantik, melodrama, dan komedi.

 

28. The Good Wife (2016)

IMG 9184

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita dan isteri yang bernama Kim Hye Kyung (Jeon Do Yeon) yang harus menjadi seorang peguam bela setelah selama 13 tahun menjadi seorang suri rumahtanga.

Suaminya seorang yang sukses dengan masa depan cerah yang bernama Lee Tae Joon (Yoo Ji Tae). Namun, suaminya telah terlibat dengan skandal seks dan korupsi sehingga dipenjarakan.

 

29. A Wife’s Credentials (2012)

IMG 9183

Drama ini mengisahkan tentang kecurangan dan masalah rumahtangga yang dibintangi oleh Kim Hee Ae.

A Wife’s Credentials berkisah mengenai Yoon Seo Rae, seorang suri rumahtangga yang sibuk mengurus pendidikan anaknya dan sangat patuh kepada mertua dan suaminya walaupun sering diperlakukan dengan kasar.

Suatu hari, keluarga Yoon Seo Rae berpindah rumah demi mendapatkan persekitaran pendidikan yang bagus untuk anak mereka. Setelah pindah rumah, dia dipertemukan dengan Kim Tae Oh, jiran tetangganya yang bekerja sebagai doktor gigi. Keduanya pun kerap berinteraksi sehingga menimbulkan bibit-bibit percintaan
diantara mereka.

 

30. Remarriage & Desires (2022)

IMG 9182

Drama ini menumpukan bagaimana seorang isteri membalas dendam terhadap skandal suaminya setelah skandal itu telah menghancurkan keluarganya.

Natijah akibat mengkhianati si isteri, si suami juga ditipu dan dijadikan kambing hitam konspirasi menggelapkan duit syarikat dan dituduh mer0g0l skandalnya sendiri. Akhirnya si suami membunvh diri!

Kisah pembalasan dendam si isteri yang malang ini sangatlah tidak mudah. Terlalu banyak liku-liku yang harus dilalui untuk menjatuhkan skandal licik itu!

Perlakuan keji skandal suaminya itu pun tidak terhenti disitu sahaja, dia malah makin rancak memulakan strategi baru untuk memerangkap lelaki yang lebih kaya bagi memenuhi keinginannya.

Episod demi episod, dari satu plot ke plot lain tanpa henti aksi-aksi penipuan, pengkhianatan, tumpah darah, politik, rasuah, skandal, kekecewaan, tangisan dan segala macam emosi serta PLOT TWIST yang disajikan kepada para penonton.

 

31. My Mister (2018)

Kdrama

Drama ini lebih kepada kisah kekeluargaan dan hubungan adik beradik. Drama airmata yang cukup emosi. Sangat BEST!!

Mengisahkan 3 beradik lelaki yang mana isteri kepada adik bongsu, Dong-hung (Lee Sun-kyun) telah berlaku curang dengan majikannya sendiri. Abang-abangnya pula ingat adiknya hidup bahagia bersama isterinya kerana si adik tidak pernah menunjukkan masalahnya.

Kemudian ada Ji-an (IU) rakan sekerja Dong-Hung, Ji-an juga ada masalahnya sendiri dan tidak pernah merasa bahagia sepanjang hidup dia.

Keadaan ini membuatkan Ji-an dan Dong-hun menjadi semakin rapat kerana mereka sering saling meluahkan masalah dan perasaan masing-masing. Ji-an mula jatuh hati terhadap Dong-hun tetapi dalam masa yang sama dia tidak ingin menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Dong-hun memandangkan Dong-hun belum bercerai dengan isterinya.

Baca lagi: 5 Kdrama tentang Jenayah Remaja, Terbaru “The Deal”
Baca juga: Kdrama 2023: 12 Kisah Cinta Tiga Segi