Home Artis Korea Kdrama 2023: 9 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Detektif, Tampan dan Berani

Kdrama 2023: 9 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Detektif, Tampan dan Berani

0

Pada tahun 2023 ini banyak Kdrama siri muncul dengan genre thriller dan penyiasatan ditampilkan khas buat para peminat dan penonton setia.

Kes-kes jenayah yang diceritakan di dalam kdrama siri ini semua juga sangat menarik dan selalunya pasti membuatkan para penonton berteka-teki tentang sambungan jalan cerita seterusnya. Setiap kali menonton, penonton seolah-olah turut menjadi detektif yang mencipta berbagai-bagai jenis teori sesuai dengan pendapat dan idea masing-masing.

Watak detektif pastinya tidak boleh dipisahkan dengan Kdrama genre thriller dan penyiasatan. Detektif dengan beragam watak silih berganti menyiasat kes yang mereka hadapi di dalam drama.

Berikut adalah 9 orang pelakon lelaki Korea yang memeriahkan Kdrama 2023 ini dengan watak detektif yang dibawa mereka:

 

Kdrama1. Detektif hebat, Park Hae Jin membawa watak sebagai Kim Mu Chan, ketua pasukan penyiasatan paling muda di Balai Polis Nambu dalam The Killing Vote

 

aacbe447 4ce7 4b3c 8a6f 3aa1922387b82. Na In-woo pula membawa watak sebagai Oh Jin Sung, detektif yang menyiasat kes pembunuhan yang melibatkan adiknya sendiri dalam Longing for You

 

6489f553 017a 4fd6 8e56 6417e7bcea753. Hong Kyung berjaya membawa watak sebagai Lee Hong Sae, detektif yang penuh karisma yang menyiasat kes berkaitan dengan roh jahat dalam Revenant

 

b7e932d1 3c25 437c ad75 ddff2fe89d3b4. Menjadi pegawai paling depan bersama 119, detektif Jin Ho Gae yang dilakonkan oleh Kim Rae Won dan berjaya membuat penonton jatuh hati dengan karakternya dalam The First Responders

 

a8fc68f4 5aac 4ab9 a68b 89185c2695735. Watak yang kadang kala serius dan sesekali lucu, Lee Min Ki membawa watak sebagai Moon Jang Yeol yang menyiasat kes-kes kecil dan juga pembunuhan bersiri di Kampung Mujin dalam Behind Your Touch

 

6c29cd48 ccdc 4f94 8fcf 600dec4157946. Masih dalam Kdrama yang sama, pelakon senior Kim Hee Won membawa watak sebagai Won Jong Muk, ketua detektif di Balai Polis Mujin yang boleh bergaul mesra dengan ahli pasukan dan juga orang bawahannya

 

46663b75 180f 4e18 948a e8af905574417. Membawa watak sebagai Park Sang Yoon, Park Sung Hoon menjadi detektif yang menyiasat kes penculikan seorang kanak-kanak genius dalam Kdrama The Kidnapping Day

 

acdb7bb3 5c84 4ddb 8358 2e24a72069bd8. Ji Chang Wook membawa watak sebagai seorang detektif yang bernama Park Jun Mo dalam Kdrama The Worst of Evil. Dia mempertaruhkan hidupnya untuk menyelesaikan kes dadah yang melibatkan sindiket antarabangsa

 

287a6386 8edd 4bd4 a950 e66f09ad4aea

9. Terbaru, Ong Seong Wu membawa watak sebagai Kang Hee Sik, detektif muda dari Balai Polis Ganghan yang menyiasat kes sindiket dadah berbahaya dalam Kdrama Strong Girl Nam Soon

Walaupun watak detektif yang tersenarai di atas mempunyai perwatakan dan sifat yang berbeza-beza, tetapi yang pasti mereka ada satu persamaan iaitu merek adalah detektif yang berani dan bersungguh-sungguh menyiasat kes jenayah yang diterima. Setiap pelakon ini juga berjaya membawa watak sebagai detektif dengan sangat berkesan.

Baca lagi: 5 Fakta Kdrama Korea Doona, Siri Paling Ditunggu Bulan Oktober Ini
Baca juga: 31 Kdrama Tentang Kecurangan, Penuh Emosi