Filem misteri thriller pembunuhan merupakan genre filem popular sejak wujudnya panggung wayang.
Kualiti mendebarkan dari filem-filem misteri thriller ini telah memikat penonton dengan jalan cerita yang tajam, liku-liku yang tidak dijangka, dan ketegangan yang mencengkam jiwa.
Dari cerita detektif klasik hingga misteri thriller moden berdasarkan isu sosial, beberapa filem misteri thriller pembunuhan menawarkan sesuatu yang menarik untuk semua penonton.
Berikut adalah 8 filem misteri thriller pembunuhan terbaik sepanjang zaman yang perlu anda tonton.
1. Rear Window (1954)
Rear Window merupakan filem klasik abadi dalam genre misteri pembunuhan yang merupakan garapan dari pengarah legenda Alfred Hitchcock . James Stewart yang merupakan seorang juru gambar hana duduk di kerusi roda selepas mengalami patah tulang, mula mencurigai jiran tetangganya melakukan pembunuhan, dengan Grace Kelly sebagai kaki tangannya dalam penyiasatan.
2. Murder on the Orient Express (1974)
Diadaptasi dari novel Agatha Christie, ini adalah filem misteri pembunuhan ikonik yang terjadi di atas kereta api Orient Express.
Dibintangi oleh Albert Finney sebagai detektif Hercule Poirot, filem ini mengeksplorasi pembunuhan seorang penumpang dan menyiasat rahsia gelap dan motif setiap individu di dalamnya.
3. The Third Man (1949)
Berlatarkan selepas peristiwa Perang Dunia II, misteri pembunuhan noir ini menceritakan tentang penulis Amerika Holly Martins (Joseph Cotten) sewaktu dia menyiasat kematian misteri seorang kawannya.
Filem ini dibintangi oleh Joseph Cotten, Valli, Orson Welles, dan Trevor Howard sebagai pelakon utama.
4. Wind River (2017)
Filem misteri pembunuhan ini mengisahkan tentang seorang pegawai hidupan liar (Jeremy Renner) dan ejen FBI (Elizabeth Olsen) yang menyiasat pembunuhan seorang wanita muda penduduk orang asli Amerika di kota terpencil Wyoming. Filem ini membahaskan tentang masalah perkauman, kesedihan, dan keadilan, sekaligus menghadirkan detik-detik yang menegangkan.
5. Memento (2000)
Filem ini mengisahkan tentang Shelby (Guy Pearce), seorang lelaki dengan penyakit amnesia jangka pendek, cuba untuk mencari pembunuh istrinya dan membalas dendam.
Filem ini diceritakan dalam urutan terbalik, dengan setiap adegan mengarah kepada adegan berikutnya dan perlahan-lahan mengungkapkan kebenaran.
6. Zodiac (2007)
Filem misteri thriller pembunuhan yang menghantui ini diinspirasi dari kisah benar pembunuh zodiak yang terkenal sangat kejam. Pembunuhan yang terjadi waktu itu menyebarkan ketakutan dan gangguan di seluruh San Francisco pada 1960-an dan 1970-an. Filem ini mengikuti kisah penyiasatan terhadap kes pembunuhan brutal dan episod kejar mengejar tanpa henti terhadap pembunuh yang tidak pernah tertangkap. Dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Robert Downey Jr., Mark Ruffalo, Anthony Edwards, filem garapan David Fincher ini ditayangkan pada 2 Mac 2007.
7. Knives Out (2019)
Dalam filem misteri pembunuhan yang lucu dan menarik Knives Out, seorang detektif (Daniel Craig) menyiasat kematian seorang penulis kaya raya dan terkenal.
Filem ini menonjol sebagai filem misteri pembunuhan yang hebat kerana plot jalan cerita yang genius, karakter yang mudah diingati, dan sentuhan unik dari genre cerita detektif klasik.
8. The Girl with the Dragon Tattoo (2011)
Filem misteri thriller Sweden-Amerika The Girl with the Dragon Tattoo merupakan misteri pembunuhan yang mencengkam yang menceritakan tentang penyiasatan jurnalis Mikael Blomkvist (Daniel Craig) dan penggodam komputer Lisbeth Salander (Rooney Mara) ke dalam rahsia gelap keluarga kaya. Filem ini terkenal dengan adegan grafik dan babak-babak mencemaskan serta penampilan luar biasa yang dibawa oleh para pelakon.
Filem-filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan berjaya mencipta suasana tegang semasa ditonton. Sudahkah anda tonton?