Home Movie 3 Filem Seram Indonesia, Tayang di Prime Video Oktober 2023 Ini

3 Filem Seram Indonesia, Tayang di Prime Video Oktober 2023 Ini

0

Bagi penggemar filem seram, terutama filem seram dari Indonesia, terdapat 3 filem seram yang ditayangkan di platform penstriman Prime Video sepanjang Oktober ini.

Memetik dari sumber Moviezy, jom kita lihat selengkapnya 3 filem seram Indonesia tersebut.

1. Spirit Doll

IMG 9526Spirit Doll merupakan filem seram thriller garapan dan kerjasama antara pengarah Azhar Kinoi Lubis dengan dua studio produksi, Blue Water Pictures dan Goldenscene Productions.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 1 Jun 2023 dan kini boleh distrim di Prime Video bermula 12 Oktober 2023.

Spirit Doll mengisahkan tentang seorang pelakon terkenal bernama Dara Lazuardi yang sukses dalam bidangnya tetapi gagal dalam menjaga keutuhan rumah tangganya. Dara memutuskan untuk bercerai dengan suaminya Darius setelah mengetahui suaminya berlaku curang.

Tidak lama setelah itu, Dara juga kehilangan Embun, satu-satunya anak perempuannya, yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Sebagai seorang pelakon, Dara mendapat tawaran dan berlakon untuk sebuah filem seram bertajuk Boneka Arwah. Banyak kejanggalan yang dia alami selama proses pembuatan filem tersebut. Hingga pada suatu ketika, boneka yang menjadi aset dalam filem itu tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Terdorong oleh kerinduan kepada Embun, Dara akhirnya menjaga boneka itu. Namun, tanpa dia sedar, satu demi demi kejadian aneh terus menghantui orang-orang terdekat yang cuba memberi amaran kepadanya.

Filem seram Spirit Doll ini dilakonkan oleh Anya Geraldine, Samuel Rizal, Anantya Rezky Kirana, Annette Edoarda, Elina Joerg, Badriyah Affif, Zidni Hakim, Mbok Tun, Anyun Cadel, Satrya Ghozali, dan Ita Rahma.

2. Mangkujiwo 2
IMG 9524

Satu lagi film garapan Azhar Kinoi Lubis yang telah tayang di Prime Video sejak 19 Oktober ini, Mangkujiwo 2. Filem ini telah ditayang perdana di pawagam pada 26 Januari 2023

Mangkujiwo 2 merupakan sekuel dari Mangkujiwo edisi sebelumnya, ia mengenai Brotoseno yang ingin membalas dendam. Filem seram ini menyajikan ketegangan penuh darah berupa ancaman dan ritual sadis dari aksi kekejaman manusia-manusia serakah yang saling berebut kuasa dan kekayaan.

Mangkujiwo 2 dilakonkan oleh Yasamin Jasem, Sujiwo Tedjo, Djenar Maesa Ayu, Karina Suwandi, Marthino Lio, Widika Sidmore, Yayu Unru dan Kiki Narendra.

 

3. Sewu Dino

Filem seramSewu Dino merupakan filem seram Indonesia yang diadaptasi dari cerita viral karya SimpleMan. Filem ini diarahkan oleh Kimo Stamboel dan diproduksi oleh MD Pictures.

Filem seram ini telah tayang perdana di pawagam pada 19 April 2023, dan akan ditayangkan di Prime Video pada 26 Oktober 2023.

Sewu Dino mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Sri. Dia mendapat pekerjaan dengan bayaran tinggi hanya semata kerana dia lahir pada Jumat Kliwon. Bersama dua pekerja lain, Sri ditugaskan untuk menjaga rumah kecil tersembunyi di dalam hutan.

Mereka terpaksa menjalani ritual yang telah diatur kerana telah terikat dengan perjanjian mistik dan tidak boleh keluar dari rumah kecil itu sebelum genap seribu hari.

Filem ini dibintangi oleh Mikha Tambayong, Karina Suwandi, Giselma Firmansyah, Rio Dewanto, Marthino Lio, Givina Lukitadewi, Agla Artalidia, Pritt Timothy dan Maryam Supraba.

Baca lagi: 17 filem Seram Tamil Terbaik Yang Harus Ditonton
Baca juga: Khong Khaek: The Djinn’s Curse, 7 Fakta Menarik Filem Seram Islamik Pertama Thailand