Home Entertainment 10 Filem Halloween Kekeluargaan yang Sesuai Ditonton Kanak-Kanak

10 Filem Halloween Kekeluargaan yang Sesuai Ditonton Kanak-Kanak

0

Oktober adalah bulan menyambut Halloween bagi mereka yang meraikan di pelbagai negara.

Dekorasi bertema Halloween, seperti labu kuning dan juga patung-patung serta hiasan menyeramkan biasanya akan dipasang di sekitar rumah.

Keraian Halloween tidak lengkap rasanya jika tidak ditemani dengan filem seram yang biasanya ditonton oleh masyarakat yang menyambutnya. Akan tetapi, filem seram biasanya mengandungi jalan cerita yang tidak mesra kanak-kanak. Penting bagi orang dewasa untuk memilih tontonan yang sesuai dan boleh diterima oleh mereka (kanak-kanak).

Bagi anda yang ingin menonton filem seram bersama anak-anak, berikut ini merupakan beberapa cadangan untuk filem seram kekeluargaan yang sesuai untuk ditonton bersama. Anak-anak anda pasti menyukai filem-filem ini kerana kisahnya menarik dan dalam masa yang sama mendebarkan!

 

Halloween

1. Menampilkan nuansa hitam putih dan gothic, Frankenweenie (2012) mengisahkan hubungan seorang kanak-kanak lelaki dan anjingnya. Victor Frankenstein menggunakan kuasa elektrik untuk menghidupkan semula Bull Terriernya yang mati, Sparky. Banyak pengajaran hidup!

 

Filem2. Seorang kanak-kanak yang mampu berkomunikasi dengan hantu perlu menyelamatkan bandarnya dari ancaman dunia lain dalam ParaNorman (2012)

 

Halloween3. Casper (1995) si hantu kecil molek, menjalin persahabatan dengan manusia. Filem Halloween mesra kanak-kanak terbaik sepanjang zaman!

 

31718a7d ad6b 4997 8cd8 51229786bdca4. Usaha seorang kanak-kanak untuk menghentikan ahli sihir kuno yang dia bangkitkan secara tidak sengaja dipenuhi babak komedi dalam Hocus Pocus (1993)

 

8bb0baa1 7f01 4489 ab04 974dee8b887a5. Hotel Transylvania (2012) mengisahkan tentang Puteri Dracula yang jatuh hati pada manusia dan membawanya ke dunia raksasa yang seram, sangat menghiburkan!

 

9ef103e9 540f 4bae a169 1687066c6c096. Diadaptasi dari sebuah komik, The Addams Family (2019) menceritakan sebuah keluarga yang unik yang mempunyai rutin harian yang mengerikan

 

b3c1b876 1eee 4593 b0c6 5b2bb314ae5a7. Sesuai dengan tajuknya, Monster House (2006) mengisahkan tentang kanak-kanak yang ingin mengungkap misteri di sebalik kewujudan raksasa rumah

 

1bc1acf9 8f35 4a92 8d80 c282e543d743

8. Diadaptasi dari sebuah novel, Coraline (2009) adalah animasi seram yang mengangkat pentingnya hubungan antara ibu bapa dan anak. Penuh dengan pesanan moral!

07737b8f e417 47ca 92d0 8cf90a0d079c 19. Kumpulan yang mempunyai hobi mengungkap misteri supernatural kembali beraksi dalam Scooby-Doo on Zombie Island (1998). Aksi mereka penuh komedi!

 

19cb6461 2d93 4e43 a970 3473aae04aa510. Persahabatan kanak-kanak manusia dan vampire diceritakan dalam The Little Vampire (2000). Filem seram komedi yang mengajar makna perbezaan dan kasih sayang

Walaupun tidak semua filem yang tersenarai ini berlatarkan malam Halloween, filem-filem ini mempunyai nuansa seram yang sesuai bagi kanak-kanak. Filem-filem ini boleh dijadikan sebagai pilihan tontonan bersama anak-anak di rumah.

Baca lagi: 8 Filem Misteri Thriller Pembunuhan Terbaik Sepanjang Zaman, Mendebarkan
Baca juga: 7 Filem tentang Kecelaruan Memori dan Identiti, Harus Tonton