Home Movie 10 Senarai Filem Tentang Palestin di Netflix, Banyak Adaptasi Kisah Sebenar

10 Senarai Filem Tentang Palestin di Netflix, Banyak Adaptasi Kisah Sebenar

0

Konflik yang terjadi antara Israel dan Palestin turut memberi inspirasi kepada para pencipta filem untuk membuat filem berdasarkan tragedi memilukan tersebut.

Banyak juga filem yang dibuat berdasarkan kisah sebenar, bahkan dengan sisipan footage asal. Filem-filem ini banyak memberikan pesanan mendalam dan menyentuh hati tentang kesan perang.

Berikut merupakan 10 senarai filem tentang Palestin yang boleh anda tonton di Netflix.

 

1. Ave Maria (2015)

IMG 9681

Ave Maria merupakan filem pendek yang menceritakan tentang seorang warga Palestine-England. Dia bertemu dengan penduduk haram Yahudi Israel dan biarawati Palestine. Pertemuan ini terjadi selepas kereta penduduk haram itu rosak di depan sebuah biara. Selepas itu, akhirnya penduduk haram ini melihat sendiri bagaimanakah kehidupan orang Palestin di Tebing Barat yang diduduki secara haram oleh Israel.

 

2. Ghost Hunting (2017)

IMG 9680

Filem dokumentari ini merupakan pemenang Anugerah Silver Bear Award. Ghost Hunting menceritakan tentang gambaran kenangan buruk yang dialami oleh pemuda Palestine kerana ditangkap dan disoal siasat oleh tentera Israel yang kejam.

 

3. 3000 Nights (2015)

IMG 9679

Seorang pengantin baru yang berasal dari Palestine dijatuhi hukuman 8 tahun penjara dalam keadaan isterinya sedang sarat hamil. Semuanya adalah kerana mereka membela pemuda yang dituduh melakukan serangan maut di sebuah pos pemeriksaan tentera. Siapkan tisu jika anda memilih untuk menonton filem ini.

 

4. Children of Shatila (1998)

IMG 9678Filem ini menyajikan kisah dua orang anak yang tinggal di kem pelarian Shatila, Beirut. Filem ini berlatarkan 50 tahun selepas nenek moyang mereka diusir dari tanah air mereka oleh Zionis yang jahat.

 

5. The Present (2000)

111ebfcd 3536 4232 9ba7 0ad371508ecdFilem pendek ini berjaya memenangi Anugerah Oscar dan BAFTA. The Present mengisahkan tentang realiti kawalan ketat mengerikan dari pihak tentera Israel yang menduduki Tebing Barat.

 

 

6. Pomegranates and Myrrh (2009)

IMG 9676Di Ramallah, Tebing Barat Palestine, Kamar berjuang untuk melepaskan diri selepas suaminya yang merupakan seorang aktivis politik dipenjarakan. Kamar yang mempunyai minat mendalam dalam tarian, kemudian bertemu dengan Kais dan mula rapat. Filem ini menceritakan tentang perjalanan hidup Kamar yang penuh liku dan cabaran.

 

7. Farha (2021)

IMG 9675

Selepas ditayangkan di Netflix, filem ini mencetuskan kontroversi kerana filem ini menampilkan kisah peristiwa Nakba, pengusiran besar-besaran bangsa Palestin ketika negara haram Israel pertama kali dibentuk pada tahun 1948.

 

8. Omar (2013)

IMG 9673Filem ini mengangkat kisah tentang Omar, dia mempunyai keinginan untuk mengahwini kekasihnya yang bernama Nadia. Namun, cinta mereka terhalang oleh konflik Israel-Palestine yang kian panas.

 

9. In Vitro (2019)

Palestin

In Vitro mengisahkan tentang perampasan wilayah Palestin dengan genre sci-fi. Filem ini juga menggambarkan peristiwa Nakba, yang menjadi penyebab konflik Palestine-Israel.

 

10. Maradona’s Legs (2019)

Netflix

Dua kanak-kanak Palestine di era Piala Dunia 1990, mencari stiker pemain Argentina terkenal yang mereka puja iaitu Diego Maradona. Mereka memerlukan stiker tersebut untuk melengkapkan koleksi mereka.

Beberapa filem dari senarai ini turut menyajikan cerita pilu dan menyedihkan. Jadi pastikan anda bersedia dan siapkan tisu terlebih dahulu! Jangan lupa titipkan doa buat semua mangsa perang di Palestin!

Baca lagi: 10 Filem Halloween Kekeluargaan yang Sesuai Ditonton Kanak-Kanak
Baca juga: 8 Dokumentari Pembunuh Bersiri Netflix Paling Mengerikan, Kes Yang Mengejutkan Dunia