Home News Bayi Dalam Kandungan Tiba-Tiba Hilang Selepas Tumpangkan Nenek Naik Motor, Rupanya Ini...

Bayi Dalam Kandungan Tiba-Tiba Hilang Selepas Tumpangkan Nenek Naik Motor, Rupanya Ini Yang Terjadi

0

Seorang wanita di Jakarta mendakwa bayi dalam kandungannya telah ‘hilang’ selepas dia menumpangkan seorang nenek misteri. Dalam sebuah video yang tular di Tiktok baru-baru ini, pengguna zaitunmoramil, menjelaskan kejadian tersebut bermula apabila ibu bapanya melarang beliau keluar selepas maghrib memandang beliau hamil.

“Walaupun dinasihatkan, saya tetap keluar selepas maghrib kerana ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan”-katanya

Samasa dalam perjalanan ke destinasi, seorang wanita tua misteri memberhentikannya dan minta untuk menumpang mostosikalnya. Melihat bahawa orang yang diminta adalah seorang wanita tua, dia tidak tergamak untuk menolaknya.

Sepanjang perjalanan, nenek itu dilaporkan bersikap ramah dan bertanya soal anak dalam kandungan, tetapi apabila gilirannya bertanya mengenai lokasi rumah nenek tersebut dia tidak menjawab malah hanya berdiam diri. Menariknya wanita itu turut di tepi jalan gelap dan sunyi.

Baca lagi: “Dah Beli 30 Helai Baju Girl..”- Terkejut Bayi Bertukar Jantina, Ini Reaksi Si Ibu Buat Ramai Tak Sangka

Baca lagi: Bengang Tidak Dibenarkan Laungkan Takbir, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

Screenshot 2023 10 23 140010
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Wanita hamil itu merasa pelik kerana jalan itu mati dan tiada rumah berdekatan jalan tersebut.

Seminggu selepas kejadian ini, wanita itu berasa tidak selesa kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayinya dan membuat temu janji dengan pakar sakit puan.

“Saya terkejut, kecewa dan takut apabila doktor memberitahu kandungan saya kosong. Kalau tak silap, istilah perubatannya ialah blighted ovum”-kata wanita berkenaan.

Blighted Ovum ialah apabila telur yang disenyawakan yang ditanam dalam lapisan rahim tidak tumbuh menjadi embrio walaupun mencetuskan semua gejala awal kehamilan.

Ia akhirnya menyebabkan keguguran pada trimester pertama. Walaupun misteri itu boleh dijelaskan dengan mudah dengan istilah perubatan, namun perasaan seorang ibu jelas kecewa apabila mengetahui kandungannya sudah tiada.

Lebih-lebih lagi apabila wanita hamil itu berdepan pengalaman misteri bersama wanita tua yang peliknya tersebut.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang