Home News 10 Filem Korea 2023 Ini Angkat Kisah Benar, Tampilkan Variasi Genre

10 Filem Korea 2023 Ini Angkat Kisah Benar, Tampilkan Variasi Genre

0

Banyak filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2023 berjaya meraih perhatian. Pelakon terkenal seperti Hwang Jung Min, Bae Doo Na, Ha Jung Woo, Jung Woo Sung, hingga Kang Dong Won memeriahkan industri perfileman Korea pada tahun ini.

Dalam banyak-banyak filem Korea yang sudah ditayangkan, ada beberapa buah filem Korea yang mengangkat kisah benar. Jom sama-sama kita lihat senarainya.

 

1. The Point Men (18 Januari)

Filem koreaFilem Korea ini diangkat dari insiden tebusan 23 mubaligh Korea dari Gereja Presbiterian Saemmul oleh Taliban di Afghanistan. Insiden berlangsung dari 19 Julai hingga September 2007, iaitu dari awal penangkapan hingga para tebusan kembali ke Korea. Namun, dua orang tebusan telah dibunuh sebelum kata putus diambil antara Taliban dan kerajaan Korea.

 

2. Next Sohee (8 Februari)

e457d96b 96df 4f43 b9d0 2011708ddd86Filem ini adalah filem Korea pertama yang telah dipilih sebagai filem penutup untuk Festival Filem Cannes 2022 dan ditayangkan sebagai sebagian daripada wacana untuk ‘International Critics’ Week’ untuk tayangan khas.

Antara bintang filem lain yang membintangi filem ini selain Kim Si-eun dan Bae Doona adalah Sim Hee-seop, Kim Woo-kyum, Song Yo-sep dan juga Yoo Jung-ho. Filem ini diarahkan oleh Jung Ju-ri yang sebelumnya pernah memenangi anugerah pengarah terbaik untuk filem arahannya A Girl at My Door the (2014).

Next Sohee adalah filem tentang So Hee (Kim Si Eun), pelajar sekolah yang menjalani program di bahagian pusat panggilan sebuah syarikat besar. Kehidupan So Hee berubah sejak masuk ke syarikat tersebut hingga dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya. Detektif Yoo Jin (Bae Doo Na) berusaha untuk menggali lebih dalam tentang kes So Hee.

 

3. Count (22 Februari)

6236db08 274e 44d4 b074 e7be17eddd9aCount mengangkat kisah petinju Korea bernama Park Si Hun. Dia adalah peraih pingat emas tinju dalam Olimpik 1988 yang berlangsung di Korea. Namun, kemenangan Park Si Hun melawan Roy Jones Jr., atlet Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi.

 

4. Rebound (5 April)

1a5b209b 89c4 46d9 9c47 94f69a661f49Filem Korea Rebound ditayangkan pada 6 April 2023. Filem ini menceritakan tentang pasukan bola keranjang di Sekolah Tinggi Jung Ang di Busan yang sedang mengalami krisis pembubaran. Yang Hyun (Ahn Jae Hong), merupakan bekas pemain bola keranjang yang kini menjadi petugas awam yang ditugaskan untuk melatih pasukan sekolah tersebut.

Walaupun penuh keterbatasan, Yang Hyun sangat komited untuk membawa pasukannya menuju ke peringkat akhir perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan. Para pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada Ki Bum (Lee Shin Young), Kyu Hyuk (Jung Jin Woon), Sun Kyu (Kim Taek), Kang Ho (Jung Gun Joo), Jin Wook (Ahn Ji Ho), dan juga Jae Yoon (Kim Min).

 

5. Dream (26 April)

d930ef6f 8ea0 48e8 b5a8 a1df371227e3Park Seo Joon dan IU kembali ke layar perak melalui filem Dream pada 26 April lalu. Filem Korea ini mengisahkan tentang atlet bola sepak bernama Hong Dae (Park Seo Joon) yang menghadapi krisis dalam kariernya dan diarahkan untuk menjadi pelatih sebuah pasukan amatur.

 

6. Unofficial Operation (2 Ogos)

4dfd6dda 4e77 4076 b1d5 eed87da1ffeaGabungan antara Ha Jung Woo dan Ju Ji Hoon dalam filem Unofficial Operation ini merupakan karya yang diangkat dari kisah benar. Filem Korea ini menceritakan usaha Min Jun (Ha Jung Woo) dan Pan Su (Ju Ji Hoon) untuk menyelamatkan diplomat Korea yang dijadikan tebusan di Lubnan. Insiden ini terjadi pada 31 Januari 1986, iaitu sewaktu perang saudara Lubnan masih berlangsung.

 

7. Road to Boston (27 September)

389d6b06 82b4 4458 8d8e 401cf18a020eMasih dengan pelakon Ha Jung Woo, filem Korea Road to Boston membawa kisah tentang atlet lari marathon Korea. Son Kee Chung (Ha Jung Woo) meraih pingat emas di 1936 Berlin Summer Olympics untuk sukan marathon. Namun, kemenangan atas nama Son Kitei tercatat sebagai milik Jepun kerana Korea pada waktu itu masih belum merdeka.

 

8. The Boys (1 November)

5afae373 25e5 42e5 9801 233ec7d9809eThe Boys adalah filem Korea yang diangkat dari kes Samrye Nara Super. Ini merupakan kes rompakan dan pembunuhan di sebuah kedai yang terjadi pada tahun 1999. Penjenayah yang ditangkap waktu itu adalah tiga orang remaja lelaki.

Sol Kyung-gu membawa watak sebagai Hwang Jun Cheol, ketua pasukan penyiasatan baru yang mencurigai kestersebut. Dia menyiasat dengan dibantu juniornya, Park Jung Gyu (Heo Sung Tae). Musuh Hwang Jun Cheol adalah polis berpangkat tinggi, Choi Woo Sung (Yu Jun Sang) yang terkenal bercita-cita mahu mendapatkan pangkat yang lebih tinggi.

 

 

9. 12.12: The Day (22 November)

a48f926c 43f4 4a22 b0a7 df9702c0d792Hwang Jung Min, Jung Woo Sung, Lee Sung Min, Park Tae Joon, dan Kim Sung Kyun akan bergandingan dalam filem 12.12: The Day. Filem ini fokus kepada Chun Doo Gwang (Hwang Jung Min) yang memimpin Pemberontakan Tentera 12.12. Pemberontakan Tentera tersebut ditentang oleh Lee Tae Shin (Jung Woo Sung).

 

10. Noryang: The Sea of Death (Disember)

2934761f f0f9 4748 a1ee 8dc4d4c5b775Noryang: The Sea of Death adalah karya terakhir dalam trilogi pertempuran Laksamana Yi Sun Shin karya Kim Han Min. Filem ini diangkat dari Pertempuran Noryang yang terjadi pada 16 Disember 1598. Kim Yun Seok yang membawa watak sebagai Yi Sun Shin menggantikan Choi Min Sik dan Park Hae Il pada dua filem sebelum ini.

Filem yang diangkat dari kisah benar memang menarik untuk ditonton. Walau biasanya masih terdapat unsur imaginasi dari berkaitan perincian seperti dialog, arah filem masih diolah supaya dibuat tidak menyimpang dari sejarah yang asal.

Baca lagi: 12 Filem Seram Thriller Ini Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Ngeri
Baca juga: 23 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton