Filem Korea adalah salah sebuah hiburan media yang digemari oleh ramai orang. Terdapat banyak cara untuk mendapat akses menonton filem-filem Korea seperti dengan menggunakan layanan streaming dan tentu sahaja akan membuatkan penonton semakin mudah untuk memilih dan menonton bermacam jenis filem yang bagus dan terbaik.
Kini laman streaming juga sudah tersebar dengan sangat luas, sehingga anda semua sebagai peminat filem Korea juga akan semakin mudah untuk mencari filem kegemaran dan menontonnya.
Berikut adalah 5 cadangan filem Korea yang sangat sesuai untuk anda yang ingin merasa kehangatan dari filem dan melayan perasaan.
Jangan lupa untuk siapkan tisu terlebih dahulu sebelum menonton filem-filem ini kerana anda pasti akan jatuh hati dengan jalan cerita setia filem ini dan pastinya air mata anda akan mengalir tanpa anda sedari.
1. Harmony (2010)
Dibintangi oleh Kim Yunjin dan Na Moon-hee
menceritakan tentang seorang isteri yang dicurangi suaminya dan hidup malangnya berakhir di penjara. Semasa di penjara ternyata isteri tersebut telah mengandung dan melahirkan seorang anak di dalam penjara. Membesarkan seorang anak di dalam penjara dan dengan kawan-kawan banduan yang lain membuatkan filem ini merobek-robek hati.
2. Miracle in Cell No. 7 (2013)
Menceritakan tentang seorang lelaki kurang upaya yang sangat menyayangi anaknya. Walau perlu menjalani kehidupan yang serba terbatas, namun dia tetap berusaha untuk membuat anaknya bahagia. Kisah pilu dan sedih bermula ketika ayahnya masuk ke dalam penjara kerana tidak boleh menjelaskan perkara yang sebenarnya. Akibatnya ayah malang ini perlu menjalani hukuman mati.
3. Wish (Hope) 2013
Diangkat dari kisah benar. Seorang anak gadis berusia 8 tahun menjadi mangsa serangan seksual dan fizikal oleh seorang lelaki kejam yang tidak dikenali. Kes sebenar ini terjadi pada tahun 2008 di Korea Selatan.
Dalam filem ini para penonton pasti akan merasa pilu melihat seorang kanak-kanak kecil yang mengalami banyak kecederaan akibat serangan ganas tersebut.
4. My Annoying Brother 2016
Mengisahkan tentang seorang atlet judo kebangsaan yang hilang penglihatan mengalami atau buta kekal kerana cedera selepas menyertai sebuah pertandingan. Dalam keadaan yang malang dan pada masa sama dia merupakan seorang yatim piatu yang sebatang kara, atlet judo tersebut diambil oleh seorang saudaranya yang mempunyai sifat kontra dengannya.
5. The Preparation 2017
Menceritakan tentang seorang ibu yang menghidap penyakit kanser dan dia membuat persiapan supaya dia boleh meninggalkan keluarga dan juga anak lelakinya yang memang kebetulan memerlukan penjagaan rapi dah khusus. Dia cuba untuk mengajar anaknya supaya boleh meneruskan hidupnya secara perlahan-lahan.