Home News Penjelasan Ending Arthdal Chronicles 2, Adakah Perang Sudah Berakhir?

Penjelasan Ending Arthdal Chronicles 2, Adakah Perang Sudah Berakhir?

0

Arthdal Chronicles 2: The Sword of Aramun akhirnya telah sampai ke penghujung dan episod terakhir ditayangkan pada 22 Oktober 2023.

Jumlah 12 episod drama yang dibintangi oleh Lee Joon Gi dan Shin Se Kyung ini boleh anda tonton di Disney+ Hotstar.

Selepas perang berpanjangan, akhirnya Eunseom menakluk Arthdal, serta menjadi raja dan Aramun Haessula. Tetapi bencana di Arthdal belum berakhir. Jom lihat penjelasannya!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Tagon meninggal dunia, manakala Taealha dan Arok meninggalkan Arthdal

f7d24a2d ecce 4647 8ecb c1f47f8d4be1Tagon (Jang Dong Gun) sedar bahawa dia benar-benar telah kalah kepada Eunseom (Lee Joon-gi). Tetapi dia sudah menyiapkan rancangan untuk masa depan Arthdal, walaupun dia sudah tiada.

Di episod 12, Tagon yang nazak telah mati di tangan Taealha (Kim Ok Vin). Selepas itu, Taealha pergi meninggalkan Arthdal bersama dengan Arok (Shin Seo Woo).

Baca lagi: Arthdal Chronicles: Mengapa Igutu Sangat Dibenci oleh Saram?

2. Nunbyeol pergi bersama Neanthal yang lain, serta berpisah dengan Chae Eun

d8a0b3ad be18 4b7d a776 0f4f105fdc51Nunbyeol (Lee Si Woo) hanya mempunyai satu tujuan iaitu dia mahu membantu Eunseom dan membunuh Tagon. Selepas perang berakhir, Nunbyeol pergi meninggalkan Arthdal bersama Issruv (Song Jong Ho) dan Nasunaho (Hwang Dong Hee) ke Dataran Bulan.

Rottip (Yoo Min Kyu) tewas dibunuh oleh Saya (Lee Joon Gi) dan Ikomahis. Chae Eun (Ha Seung Ri), menetap di Arthdal dan menjadi yakbachi.

 

3. Suku Ago menakluk Arthdal, lalu Eunseom menjadi raja dan Aramun Haessula

fbb3dcf5 14d1 4c34 a5ef 66a687c4e986Suku Ago berjaya menakluk Arthdal. Mereka dibantu oleh Suku Momo, termasuk Xabara Karika (Erika Karata) yang membayar galma atau hutang atas kematian saudaranya, Karat (Eun Moon Suk).

Eunseom berjaya menjadi raja Arthdal setelah membuktikan bahawa dia adalah Aramun Haessula. Kini beberapa orang menteri Arthdal berasal dari ketua klan Suku Ago.

Baca juga: 6 Perubahan Di Awal Episod Arthdal Chronicles Musim 2 Berbanding Akhir Musim 1

4. Tanya tertidur selepas minum penawar Bichwisan

e0e31655 5a2e 479b 9bbb cb01163733fbTagon menyediakan 5 tempayan besar berisi Bichwisan, racun tanpa bau dan warna. Kolam berisi Bichwisan itu akan mengalir ke setiap telaga di Arthdal jika mencapai ketinggian air tertentu.

Demi menyelamatkan warga Arthdal, Tanya (Shin Se Kyung) menyelam ke dasar kolam untuk menutup injap. Hasil penawar dari Taealha, Tanya selamat, tetapi dia tertidur untuk jangka waktu yang lama.

Eunseom merawat dan menjaga Tanya, hingga pujaan hatinya itu terbangun dari tidur yang panjang. Selepas bertemu kembali, kedua-duanya saling melepaskan rindu. Tidak menutup kemungkinan pasangan raja dan pendeta agung ini akan berkahwin.

 

5. Saya menghilang dan dibawa oleh Ikomahis ke Irkebaek

9d03fb33 e367 4985 8e61 aeb744b589e4Selepas menyelamatkan Tanya, Saya yang tercedera dibawa pergi oleh Suku Ago. Namun, di pertengahan jalan, Ikomahis membawanya dalam keadaan pengsan ke Irkebaek.

Di akhir episod 12, Saya sedang berada di dalam sebuah kapal. Tampak seperti dia tahu bahawa Tanya masih hidup kerana mimpi yang berkaitan dengan Eunseom. Tetapi Saya tetap bertegas bahawa Tanya sudah mati baginya.

Saya kembali menunjukkan sorotan mata kebencian sewaktu melihat mimpi Eunseom yang mencium Tanya. Apakah yang akan terjadi kepada Saya sewaktu sampai ke Irkebaek? Adakah dia akan menyerang Suku Hae kembali seperti yang ditakuti Hae Mihol (Cho Seong Ha), ayah Taealha?

 

6. Beberapa tahun kemudian, Saya dan Taealha mahu merebut Arthdal

Arthdal chronicles

Babak pertama di Arthdal Chronicles 2 (2023) episod 1 terjadi pada masa depan. Bertahun-tahun berlalu, Arok yang sudah dewasa (Suho) menulis sejarah Kerajaan Arthdal di suatu tempat. Orang yang bersamanya adalah Taealha.

Taealha berkata bahawa dia sedang menulis sejarah Kerajaan Arthdal dahulu. Selepas itu, Gitoha (Lee Ho Cheol) masuk ke dalam khemah dan berkata bahawa persiapan perang sudah lengkap. Selama ini, Taealha seperti membangunkan pasukan sendiri dengan tukang yang dibawanya.

Bukan hanya Taealha, nampaknya Saya juga hendak merebut Arthdal. Sewaktu berada di kapal menuju Irkebaek, dia menyebut ‘Arthdal’ dengan tatapan kebencian yang tidak dapat dijelaskan. Adakah dia akan kembali bermusuhan dengan Eunseom?

Melihat kepada pengakhiran Arthdal Chronicles (2023) pada episod 12, nampaknya seperti peperangan di Arthdal belum berakhir. Adakah anda berpuas hati dengan episod terakhir siri ini?

Baca lagi: Kisah Aramun Haesulla, Dewa Yang Menyatukan Arthdal dalam Arthdal Chronicles
Baca juga: Kontroversi yang Dihadapi Arthdal Chronicles 2, Rating Menurun?