3 punca kenapa cermin kereta berkabus, ini cara penyelesaian yang ramai tidak tahu. Kemampuan untuk melihat merupakan salah satu aspek paling penting dalam pemanduan.
Namun, kemampuan itu kadang kala terbatas disebabkan masalah-masalah seperti cermin hadapan kereta yang tiba-tiba berkabus, khususnya ketika hujan, sehingga menghalang penglihatan pemandu.
Baca lagi: Wanita Beri Tips Memandu Dalam Cuaca Hujan, Memang Berkesan Guna Cara Ini
Baca lagi: Kongsi Cara Pelik Buat Roti Canai Lebih Crispy Di Tiktok Raih Perhatian Netizen
Lihat juga video dibawah:
Punca Cermin Berkabus
1. Suhu
Perbezaan suhu antara dalam dan luar kereta boleh menyebabkan pengumpulan lembapan yang meningkatkan risiko cermin depan berkabus.
2. Cermin Depan Kotor
Kotoran, serpihan dan zara boleh terkumpul pada cermin depan. Malah, zara lembapan lebih mudah melekat pada permukaan yang kotor daripada yang bersih. Ini menyebabkan cermin depan kereta yang kotor akan menjadi lebih mudah untuk berkabus.
3. Isu Mekanikal
Penapis kabin (cabin filter) ialah ciri biasa dalam kereta yang dibina selepas tahun 2000. Penapis ini mengumpul debunga, habuk dan bahan cemar lain dan membantu mengawal kualiti udara di dalam kenderaan anda. Haba dan penghawa dingin kereta anda juga menapis melalui penapis kabin.
Serpihan berlebihan di dalam penapis kabin boleh memberi kesan kepada prestasi penyahbeku kereta anda. Dalam keadaan ini, lebihan serpihan boleh menurunkan kualiti udara dalam kenderaan dan cermin depan menjadi terdedah kepada pemeluwapan yang mengakibatkan kabus.
Cara Hilangkan Kabus Pada Cermin Kereta
1. Tingkatkan Haba
Meningkatkan haba di dalam kereta akan membantu anda untuk mengelakkan pengabusan kerana udara panas mengandungi lebih banyak lembapan daripada udara sejuk.
Udara panas di dalam kereta akan mengumpul lembapan, sekali gus menjauhkannya dari cermin depan. Ini akan meminimumkan pengabusan ketika cuaca sejuk.
2. Buka Tingkap
Turunkan cermin tingkap anda dan biarkan ia terbuka sedikit selama berapa minit. Ini membantua menggabungkan udara lembap di dalam kereta anda dengan udara sejuk dan kering di luar kenderaan anda untuk menghilangkan kabus di cermin kereta.
3. Semak Keadaan Pendingin Hawa Kereta
Pastikan ia dalam keadaan baik. Jika ada masalah, segera bawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Jika perlu, lakukan servis atau baiki segera masalah yang ada. Memastikan pendingin hawa dalam keadaan baik dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya masalah kabus pada cermin.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba!
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram