Home Video Tulis ‘Free Palestine’ Pada Kereta, Lelaki Cina Dikecam Selepas Netizen Samakan Huruf...

Tulis ‘Free Palestine’ Pada Kereta, Lelaki Cina Dikecam Selepas Netizen Samakan Huruf ‘t’ Dengan Tanda Salib

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok adikjun_kereta, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki yang dikenali sebagai Jun telah mencontengkan keretanya untuk menunjuk bahawa beliau menyokong rakyat Palestin, tulisan itu juga ditulis ‘Free Palestine’. Namun tulisan itu telah mendapat perhatian netizen, di mana segelintir netizen menyatakan bahawa huruf ‘t’ yang ditulis seperti tanda salib. Oleh itu, tindakan lelaki ini untuk mengubah huruf tersebut juga menjadi perhatian penonton.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 25 162056
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan bahawa tindakan lelaki ini sememangnya disokong oleh umat Islam di mana beliau mengambil berat tentang rakyat Palestin. Ada juga yang mengatakan ianya bukanlah satu kesalahan apabila lelaki ini menulis huruf ‘t’ sebegitu, tetapi ianya disebabkan pemikiran segelintir netizen yang terlalu memikirkan perkara negatif. Netizen juga memberi pujian atas tindakannya ini walaupun beliau bukanlah beragama Islam.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 550.7K penonton, 27.9K sukaan dan 825 komen.

Baca lagi: “Google Pun Dah Pandai Select Ye”-Lelaki Kongsi Pengalaman Sama Apabila Bertanya “Apa Itu Palestin” Pd Google

Baca lagi: Tengah Buat Live Tp Anak Pula Bising, Gelagat Mak Marah Anaknya Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek tindakan lelaki cina ini selepas disamakan huruf ‘t’ yang ditulis dengan tanda salib:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Zayn J: ape yg Tak selesa Nye! please la..di Palestine tu dah lama orang christian, Muslim & Jews duduk harmoni bersama.datang Zionist mereka rosakkan semua

@healing my life: tak sangka ya di muka bumi ni walaupun yang bukan beragama Islam ada yang sokong Palestin

@pck naik alza: ok je t tu adik jun, chill je.. terima kasih kerana mendukung Palestine..

@balakumar776: if they get triggered with this T.. the prob is not with you bro… their mindset.

@fai: tidak kesah adik jun. tidak harus menjadi seorang islam atau christian atau jewish atau apa apa utk support kemanusian utk warga palestine

@Leyyus_: its ok ..xkesa pn T tu agama masing2 janji niat kita sama

@MiqdamMamat: xde isu pun..sebab T kecil camtu memang digunakan seharian..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram