Selepas berjaya dengan drama siri Celebrity, Park Gyu Young muncul lagi melalui drama siri A Good Day to Be a Dog sebagai pelakon utama.
Dia membawa watak sebagai seorang guru sekolah yang mendapat sumpahan turun temurun. Sumpahan tersebut membuatnya boleh berubah menjadi anjing sewaktu berciuman dengan seseorang.
Selain watak yang dilakonkan oleh Park Gyu-young tersebut, terdapat beberapa watak lain dalam Kdrama yang boleh berubah menjadi makhluk lain. Ada yang berubah menjadi haiwan dan ada juga yang berubah dan menampakkan wajah baru.
Jom sama-sama kita lihat kisah setiap watak dalam Kdrama-Kdrama tersebut seperti di bawah ini!
1. Sumpahan turun temurun membuatkan Han Hae Na (Park Gyu Young) boleh berubah menjadi anjing selepas berciuman dalam A Good Day to Be a Dog (2023)
2. Sama juga dengan kakaknya, Han Yu Na (Ryu Abel), yang juga terkena sumpahan turun temurun tersebut dalam drama sama, A Good Day to Be a Dog (2023)
3. Tidak diketahui penyebabnya, Han Se Gye (Seo Hyun Jin) boleh berubah menjadi orang lain dalam jangka masa sebulan sekali dalam drama siri The Beauty Inside (2018)
4. Asalnya adalah gumiho, Lee Yeon (Lee Dong Wook) mempunyai kebolehan untuk menyamar dengan berubah menjadi makhluk lain dalam Tale of the Nine Tailed 1938 (2023)
5. Mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk berubah juga, Rang (Kim Bum) pernah berubah menjadi bayi dalam drama siri Tale of the Nine Tailed 1938 (2023)
6. Seterusnya adalah Ko Yang Nam (Kim In Kwon) yang boleh berubah menjadi kucing dalam drama siri Heartbeat (2023). Dia kerap membantu vampire yang merupakan watak utama drama itu
7. Bekerja sebagai artis, P.K (Lee Hong Ki) boleh berubah menjadi khinzir dalam drama siri A Korean Odyssey (2017)
8. Muncul sebagai cameo, Ardor (Kim Pub Lae) sebenarnya adalah kewujudan asal Woo Yeon Woo (Kim Min Kyu) dalam drama siri The Heavenly Idol (2023)
9. Merupakan dewa kehancuran, Myul Mang (Seo In Guk) selalu menampakkan dirinya dengan penampilan manusia lain sewaktu bertemu manusia dalam Doom at Your Service (2021)
Kebolehan setiap watak dalam kdrama yang boleh berubah-ubah menjadi makhluk lain tersebut tentu menjadi kelebihan dan kekurangan tersendiri buat mereka. Lebih-lebih lagi, ada watak yang kemampuan mereka itu mampu mengganggu kehidupan harian mereka.