Home News Kes Penyalahgunaan Dadah Lee Sun Kyun, 3 Fakta Bagaimana Ia Boleh Terbongkar

Kes Penyalahgunaan Dadah Lee Sun Kyun, 3 Fakta Bagaimana Ia Boleh Terbongkar

0

Baru-baru ini, para peminat industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan skandal dadah pelakon top Korea, Lee Sun Kyun yang disahkan sebagai salah seorang suspek kes penyalahgunaan dadah.

Bahkan kerana kes ini, dia terpaksa menarik diri dari drama No Way Out yang sepatutnya telah memulakan proses penggambaran. Tetapi, orang ramai pasti juga masih tertanya-tanya tentang bagaimana pelakon tersebut ditangkap polis atas kes penyalahgunaan dadah terlarang.

Bagaimanakah skandal penggunaan dadah Lee Sun Kyun boleh terbongkar? Jom kita lihat berita selengkapnya berikut ini!

 

1. Nama Lee Sun Kyun terseret sewaktu ‘A’ ditangkap

752e7815 e809 4aaa b704 8066909a9531Menurut laporan Ilyo Newspaper, pada Rabu, 24 Oktober 2023, penggunaan dadah oleh Lee Sun Gyun terbongkar apabila berlakunya penyiasatan besar-besaran terhadap perniagaan haram dadah di Korea Selatan.

Seorang pekerja wanita yang tidak disebutkan namanya yang merupakan dari industri hiburan bernama ‘A’, yang disyaki dilaporkan menggunakan dadah dengan pelakon tersebut, telah ditangkap. Dan selama penyiasatan terhadap ‘A’ berjalan, nama Lee Sun Gyun disebut-sebut dan jenayahnya pun terbongkar.

 

2. Lee Sun Kyun melakukan transaksi dengan ‘A’
IMG 0591Pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan besar-besaran kes dadah di Korea Selatan percaya bahawa nama Lee Sun Kyun berkemungkinan besar muncul ketika polis mula memeriksa catatan kewangan dari ‘A’.

“Bukan perkara yang aneh untuk mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan dadah sambil melihat transaksi kewangan yang berkaitan dengan transaksi dadah terlarang,” ungkap seorang pegawai dari badan pencegahan dadah dipetik dari Allkpop.

Lee Sun Kyun disyaki berulang kali menggunakan dadah di kediaman ‘A’ di Gangnam, Seoul. Selepas meluaskan penyiasatan, polis menambah lebih banyak dakwaan kerana Lee Sun-kyun didapati bukan hanya menggunakan ganja, tetapi juga dadah jenis lain.

 

3. Lee Sun Kyun disahkan sebagai suspek

Lee sun kyunWalau sebelum ini diletakkan sebagai saksi, Lee Sun-kyun sekarang telah rasmi disahkan sebagai suspek. Pelakon itu menghadapi tindakan geledah dan sita melalui surat perintah dari mahkamah dan dipanggil untuk penyiasatan.

Namun, Lee Sun-kyun menegaskan bahawa dia telah menjadi mangsa ‘A’ serta diperas ugut untuk membayar sejumlah wang. Dia kemudian mengajukan tuntutan undang-undang terhadap ‘A’ dan dua kaki tangannya dalam kes pemerasan ini.

Selain Lee Sun-kyun, beberapa orang individu lain, termasuk selebriti dan juga cucu konglomerat baru-baru ini juga turut disiasat oleh pihak polis.

Baca lagi: Rentetan Kes Dadah Lee Sun Kyun, Isteri Pengsan dan Pindahkan Anak Ke Luar Negara
Baca juga: Lee Sun Kyun Tampil untuk Soal Siasat Pada 28 Oktober, Minta Maaf kepada Orang Ramai