Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mdmvirals, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan pemaju rumah yang dibeli kerana menangguh serahan kunci rumah selepas bertahun-tahun. Dikatakan ketika serahan kunci pula rumah barunya didapati belum dimasukkan elektrik dan air selepas 7 tahun menunggu rumah tersebut siap sepenuhnya. Kejadian ini berlaku di Cyberjaya.
Menerusi komen daripada pemilik video klip ini, menyatakan bahawa rumah baru tersebut melebihi RM400,000 dan menunggu lebih 7 tahun untuk siap sepenuhnya. Dikatakan ketika serahan kunci itu pun pemaju memberi layanan ‘asal boleh’, seperti menyusun fail kunci di atas lantai dan serba serbi kekurangan.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada pembeli rumah dan lelaki ini selayaknya memarahi pemaju tersebut kerana melayani serba kekurangan. Ada juga yang bersetuju dengan tindakan lelaki ini kerana serahan kunci rumah itu sememangnya lama dan melebihi 7 tahun menunggu.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 449.7K penonton, 11.2K sukaan dan 1150 komen.
Baca lagi: “Speedmart Mmg Problem”-Staff Berhenti Kerja Berjemaah, Situasi Ini Raih Perhatian Ramai
Lihat klip durasi pendek tindakan lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@.: Mcm mana org x marah… Bln2 kna byr bank… Sewa rmh lagi…klu report pun bkn snang nak settle.. Klu snang settle tak de la byk rumah terbengkalai..
@Syakila Riduan: orang tengah marah perempuan tu boleh senyum senyum
@ecalimaocen: biar la dia hanya menyuarakan hak dia .. tak kna kat batang hidung korang boleh la ..moga dipermudahkan urusan ko bro
@ikan tanda: banyak tahun loan jalan.. rumah tak dapat duduk sapa tak panas
@razyisolatur: Padu bang… nyak…. Pemaju memang kena ajar mcm ni …
@Ame: biasa lah ni… nanti takkemana juga.. ada yang backup pemaju..itulah reality d malaysia.
@nurulsyfiqah89: Menyirap dgn pemaju bertopengkan nama’kerajaan’ ni. Jgn tertipu, sometimes project2 under government ni la dorg blh buat main politik, alasan mcm2.
@Alan: mantap..sokong bro Tu..ingat senang ke nak bayar loan n sewa rumah
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram