Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nurzihaaa, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang bapa sedang menahan sebak selepas mendapat berita bahawa anak lelakinya telah meninggal dunia. Dikatakan anaknya tidak pulang ke rumah setelah turun ke laut demi mencari rezeki. Namun hancurnya hati seorang bapa apabila menjumpai sekujur tubuh yang kaki di depan mata, dengan hati dan jiwa yang kental, beliau sanggup meredah hujan panas demi membawa anaknya itu pulang.
Selain itu, ini adalah kali kedua beliau menghadapi dugaan seperti ini selepas 10 tahun anak perempuannya ‘pergi’.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan berasa sebak apabila melihat reaksi si bapa yang menangis di dalam bot selepas dapat temui anaknya dan membawa pulang dalam keadaan hiba. Ada juga yang mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya dan mendoakan semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan serta dipermudahkan segala urusannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 70.7K penonton, 1937 sukaan dan 87 komen.
Baca lagi: Tersepak Satu Kampung Landak Laut, Cara Keluarkan Duri Landak Laut Raih Perhatian
Lihat klip durasi pendek reaksi si bapa selepas dapat temui anaknya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Hakak Malas: nangis hakak dik.. di jam 10 mlm ni sebelum nak tido.. salam takziah sayang…
@AZIZAH.ABUHANIFAH: “Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, aamiin
@harainihasanuddin: :semoga rohnya ditempatkan dikalangan orng2 beriman.. Al fatihah
@akak gore pise: suami dgn mertua nelayan..setiap saat berdoa agar Allah lindungi mereka saat pergi blik..
@sahlan_lan: Allahuakbar.. takziah sekeluarga. sabar ya kezen.. smoga arwah diampunkan dosa. Sy sahlan
@Roslan: Stiap pemberian tiada yg kekal…ayah sy pon bulan lepas terbalik perahu..hapir jgak sbb tak sdarkn diri…tp kwn ayh sy meningal…sbb jantung..
@Aboy: Kejadian kt mna.. salam takziah Untuk keluarga.. semoga roh nya DI tempat Kn DI kalangan org beriman
@Juliah Kota: AL Fatihah salam takziah kepada keluarga arwah semoga rohnya dicucuri rahmat semoga ayah arwah kuat dan tabah
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram